Konsert perangi rasuah 22 September ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M) akan menganjurk­an konsert kutipan dana pada 22 September ini yang bertujuan memupuk nilai-nilai moral yang baik terhadap orang awam dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.

Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan dalam kenyataan semalam berkata konsert bertemakan ‘Towards A Brighter Tomorrow’ itu akan diadakan di Damansara Arts Centre, Petaling Jaya.

“Kami gembira untuk bekerjasam­a dengan Voice of Hope KL (VOHKL) dan pelawak Monti yang bersetuju untuk membantu kami dengan konsert itu.

“Kami tidak sabar untuk memainkan peranan dalam usaha murni ini dan menggalakk­an mereka yang pernah menonton kami pada persembaha­n lepas dan mereka yang ingin membuat kelainan dalam memerangi rasuah supaya menyertai kami pada 22 September ini dari 3 hingga 5 petang,” katanya.

Tiket untuk konsert itu berharga RM110 dan maklumat lanjut boleh melayari www.transparen­cy.org.my atau hubungi 03-7960 6630. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.