AS ikat Uruguay 1-1 pada aksi persahabat­an di Los Angeles

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Pasukan bola sepak AS menamatkan dua kekalahan berturut-turut selepas gol Jordan Morris dalam separuh masa kedua sudah memadai untuk mengikat Uruguay 1-1 pada perlawanan persahabat­an di sini Selasa lepas.

Skuad kendalian Gregg Berhalter mahu bangkit selepas dimalukan 0-3 oleh Mexico di New Jersey pada perlawanan Jumaat lepas.

Bagaimanap­un, pemain AS masih bergelut mencari rentak menentang lawan yang tidak menurunkan skuad terkuat mereka pada perlawanan di Stadium Busch.

Uruguay beraksi tanpa penyerang bintang, Luis Suarez dan Edinson Cavani kerana kecederaan dan tidak kelihatan diancam serius oleh AS dalam separuh masa pertama.

Pasukan dari Amerika Selatan itu seharusnya boleh membuka jaringan lebih awal pada minit keenam tetapi cubaan Jonathan Rodriguez tersasar.

Cristian Roldan terlepas peluang untuk AS pada minit ke-10 dengan tandukan beliau diselamatk­an penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Tyler Boyd kemudian mensia-siakan satu peluang terbaik untuk AS selepas Morris melepasi kawalan Martin Caceres untuk melakukan umpanan.

Uruguay akhirnya membuka jaringan lima minit selepas rehat apabila satu serangan pantas disempurna­kan Brian Rodriguez.

AS bagaimanap­un terus mengasak dan akhirnya menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-79 menerusi gol Morris dari umpanan Nick Lima. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.