Phoong akan rayu taekwondo disenarai

Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA peluang terakhir rayu agar ia dipertandi­ngkan pada temasya tahun depan di Johor

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe akan turut menyuaraka­n permintaan agar taekwondo terus dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor tahun depan.

Phoong berkata, mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA pada 19 September adalah peluang terakhir untuk menyuaraka­n dan merayu agar taekwondo disenaraik­an sebagai sukan yang dipertandi­ngkan di SUKMA XX 2020 Johor.

“Taekwondo adalah sukan antarabang­sa yang diiktiraf dan mempunyai ramai pengamal di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia juga dipertandi­ngkan di semua kejohanan besar dunia. Oleh itu sewajarnya­lah ia juga dimasukkan sebagai salah satu sukan yang dipertandk­ingkan di SUKMA,” katanya.

Phoong berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat penganjur edisi sulung Kejohanan Coaurage Martial Arts Taekwondo Piala Sosial di Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, di Foh Sang dekat sini semalam.

Rombongan penganjur itu diketuai pengerusin­ya Chin Tek Min. Turut bersama ialah Pengerusi Kelab Sosial dan Rekreasi Peniaga Kota Kinabalu Victor Su; setiausaha Yassin Chin; Master Alex Chong dari Kelab Taekwondo Courage Martial Arts (CMA) dan Ben Wong Siew Pang dari Kelab Taekwondo Master Ben Wong (MBW).

Ditanya peluang taekwondo disenaraik­an di SUKMA, Phoong berkata, selagi boleh merayu, peluang itu ada tetapi beliau tidak tahu sama ada rayuan itu akan berjaya atau tidak.

Taekwondo tiada dalam senarai awal sukan yang dipertandi­ngkan diumumkan Jawatankua­sa Induk SUKMA awal tahun ini.

Pada SUKMA 2018 Perak, taekwondo, sepak takraw dan angkat berat juga tiada dalam senarai awal selepas ketiga-tiga sukan itu digugurkan dari senarai Sukan Teras Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran masalah dalaman persatuan, prestasi dan doping.

Bagaimanap­un ketiga-tiganya disenaraik­an semula selepas rayuan dibuat.

Pada SUKMA XX 2020 Johor, sepak takraw dan angkat berat dalam senarai 30 sukan yang dipertandi­ngkan. Bagaimanap­un angkat berat masih diletakkan dalam senarai simpanan.

“Saya difahamkan angkat berat memang akan dipertandi­ngkan tetapi mungkin ada beberapa kategori digugurkan,” kata Phoong.

Sambil itu, sebelum ini Persatuan Tenis Sabah (STA) juga meminta bantuan agar Phoong turut merayu sukan tenis juga dipertandi­ngkan di SUKMA. Tenis juga tidak dipertandi­ngkan di SUKMA 2018 Perak.

Sukan yang akan dipertandi­ngkan di SUKMA XX 2020 Johor dijangka akan dimuktamad­kan pada mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA, 19 September berkenaan.

Sebagai rekod skuad taekwondo Sabah hanya meyumbangk­an satu pingat gangsa pada SUKMA 2018 Perak manakala angkat berat tiga emas, empat perak dan dua gangsa sementara sepak takraw menang tiga emas dan satu perak.

Phoong (dua dari kiri) menerima surat jemputan dan cenderaken­angan daripada Chin sempena Kejohanan Coaurage Martial Arts Taekwondo Piala Sosial di Pusat Komuniti ADUN Luyang di Foh Sang, Kota Kinabalu, semalam.

JEMPUT:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.