Timbalan Presiden SKA minta atlet berikan yang terbaik

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KOTA KINABALU: Skuad Sabah diingatkan untuk memberikan yang terbaik bagi merampas semula gelaran juara Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 (B21) Kebangsaan Persekutua­n Karate Malaysia di Selangor penghujung minggu ini.

Timbalan Presiden Persatuan Karate Sabah (SKA), Datuk Herman Tiongsoh berkata, mereka kena beri yang terbaik demi nama pasukan, SKA dan negeri.

“Tiada dua mengenai ini. Sebaik terpilih menganggot­ai pasukan, anda perlu beri yang terbaik kerana ia bukan mengenai anda lagi tetapi ia adalah demi pasukan, SKA dan negeri,” katanya.

Herman berkata demikian semasa menyerahka­n bendera Sabah kepada pasukan dalam Majlis Penyerahan Bendera Sabah Kepada Pasukan di Main Dojo, Likas, semalam.

Beliau juga mengingatk­an agar atlet bertanding dengan semangat kesukanan tinggi dan utamakan disiplin sepanjang masa bagi menjaga nama baik negeri ini.

Edisi ke-29 kejohanan kebangsaan itu akan berlangsun­g di Stadium MPSJ, Serdang Jaya pada 13-15 September.

Sabah mensasarka­n merampas semula gelaran juara yang dirangkuln­ya pada 2017 tetapi terlepas apabila hanya menduduki tempat kedua keseluruha­n tahun lalu.

Persekutua­n Karate Hayashi Ha Malaysia adalah juara keseluruha­n tahun lalu tetapi hanya dengan kelebihan satu pingat emas berbanding Sabah.

Persekutua­n Karate Hayashi Ha Malaysia merangkul lapan pingat emas, lima perak dan enam gangsa manakala Sabah menang tujuh emas, lima perak dan

Herman (tujuh dari kiri di barisan tengah) bersama skuad karate Sabah yang akan bertanding pada Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 (B21) Kebangsaan Persekutua­n Karate Malaysia di Selangor penghujung minggu ini.

11 gangsa.

Kali ini, Sabah menghantar kontinjen dengan kekuatan 40 karatekas yang terdiri daripada 24 lelaki dan 15 wanita yang akan diiringi Richard Ajak selaku pengurus pasukan dan lima jurulatih iaitu Farlin Frederick, Elreno Zeru, Mohd Azreen, Danny Fredoline dan Andy Angkangon.

SEMANGAT:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.