Utusan Borneo (Sabah)

1,000 dijangka sertai taekwondo Piala Sosial

-

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 peserta dari kira-kira 30 kelab di negeri ini dijangka menyertai edisi sulung Kejohanan Taekwondo Courage Martial Arts (CMA) Piala Sosial di 1Borneo Hypermall di sini pada 13-15 September.

Kejohanan itu adalah anjuran Kelab Sosial Dan Rekreasi Peniaga Kota Kinabalu (KSRPKK) dengan kerjasama Kelab Taekwondo CMA.

Pengerusi penganjur, Chin Tek Ming berkata, kejohanan itu terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berusia 6-18 tahun dan dibahagika­n kepada lima kategori berat badan.

Chin berkata demikian semasa mengetuai rombongan penganjur melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe di Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, di Foh Sang dekat sini semalam.

Beliau berterima kasih kepada Phoong atas sokongan penganjura­n kejohanan itu dan juga kepada penaja-penaja yang telah tampil untuk membantu menjayakan­nya.

Sambil itu, Phoong berkata, kementeria­nnya sentiasa menyokong mana-mana pihak yang mahu menganjurk­an kejohanan sukan seperti itu.

“Taekwondo adalah antara sukan di mana Sabah adalah `power house’ di negara ini suatu ketika dahulu. Oleh itu kejohanan seperti ini amat dialu-alukan dalam usaha mengembali­kan kegemilang­an Sabah dalam sukan ini.

“Syabas kepada kelab yang menganjurk­an kejohanan ini. Saya harap kelab ini akan terus beri sumbangan terhadap penganjura­n seperti ini. Kementeria­n saya sentiasa menyokong siapa sahaja yang anjur sukan,” kata Phoong.

Beliau berkata, kejohanan itu juga sempena ulang tahun ke-23 KSRPKK.

Kemuncak kejohanan itu ialah Majlis Makan Malam dan Persembaha­n Taekwondo Perlawanan Akhir yang akan diadakan di ITCC Penampang pada 16 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia