Melihat Candi Muara Jambi, menyimpan jejak peradaban purbakala

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

BANYAK

tempat kami kunjungi pada hari ketiga berada di Jambi. Roda kehidupan di kota Jambi berputar seperti biasa. Kecuali jerebu, atau di Jambi dipanggil asap, agak teruk juga hingga kami terpaksa memakai topeng.

Esok tanggal 17 Ogos, kami harus meninggalk­an Jambi dengan penerbanga­n awal pagi. Sayang sekali kami tidak dapat menyaksika­n sambutan peringatan Hari Ulang Tahun Ke-74 Kemerdekaa­n Indonesia di Kota Jambi. Kami harap dapat menyaksika­nnya di Jakarta.

Antara yang dikunjungi pada hari terakhir kami di Jambi ialah Muara Jambi. Saya pernah berkunjung ke sini kira-kira tujuh tahun yang lalu. Kali ini saya menemankan rakan-rakan yang pertama kali ke Jambi. Selain itu, saya ingin tahu juga, apakah banyak yang berubah.

Ternyata tidak. Kawasan candi itu seperti biasa walaupun ada beberapa tapak yang baharu ditemui.

Apa yang menarik di sini? Tapak purbakala Kompleks Candi Muara Jambi ini adalah sebuah kompleks candi Agama Hindu-Buddha seluas 3,981 hektar iaitu yang terluas di Asia Tenggara. Ia terletak di Kecamatan Muaro Sebo, Kabupaten Muaro Jambi. Ia terletak di tepi sungai Batang Hari, dan menurut ahli-ahli arkeologi, candi itu mungkin didirikan pada abad ketujuh hingga 12 Masihi. Ia dijadikan salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Kompleks Candi Muaro Jambi tidak diketahui umum sehinggala­h seorang Leftenan Inggeris, SC Crooke melaporkan­nnya pada tahun 1824 ketika membuat pemetaan daerah aliran sungai untuk kepentinga­n tentera.

Kerajaan Indonesia mula melalukan pemulihara­an pada 1975, dipimpin R Soekmono. Kini terdapat sembilan candi, semuanya bercorak ditemui dan diberi nama Candi Kotamahlig­ai, Kedaton,Gedong Satu, Gedung Dua, Gumpung, Tinggi, Telago Rajo Kembar Batu dan Candi Astano, semuanya berciri agama Buddha Sebenarnya terdapat kira-kira 110 candi, sebahagian besar masih berupa gundukan tanah yang di dalamnya terdapat struktur bata kuno.

Tapak purbakala ini seluas 12 km persegi, panjang lebih 7 kilometer dan seluas 260 hektar. Selain itu juga terdapat parit atau terusan kuno buatan manusia, tempat penampunga­n air dan sebagainya.

Kompleks Candi Muara Jambi adalah satu tempat yang mesti dikunjungi jika berkunjung ke Jambi. Ia lambang sebuah peradaban lampau yang pernah gemilang, malah dikatakan didirikan ketika zaman Kerajaan Sriwijaya.

Kami hanya mempunyai satu jam untuk melawat Kompleks Muara Jambi. Apalah yang dapat dicatat dalam masa sesingkat itu. Tetapi kunjungan itu amat bermakna dalam melihat ketamaduna­n lampau.

Sementara rakan-rakan lain meneroka rimba kota Jambi, kami meneroka Kompleks Candi Muara Jambi. Saya beritahu Pak Dodi, bahawa kami tidak boleh berlama-lama di Kompleks Candi kerana masih banyak tempat yang harus dikunjungi.

Namun kami sempat dibawa berkelilin­g melihat Desa Wisata Muara Jambi. Hanya mengambil foto-foto menarik. Kami tak sempat berhenti untuk menyapa penduduk di Desa Wisata itu. Semoga suatu hari nanti kami boleh berkunjung lagi ke sana.

Sepanjang Ziarah Budaya Iranun-Melayu Timur anjuran Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI) ke Jambi itu, kami sempat berkunjung ke Museum Siginjei, Menara Gentala Aras, Makam Nurdin Hamzah dan banyak lagi yang boleh diceritaka­n pada mingguming­gu akan datang.

Hari sudah petang. Kami bergegas pulang ke Kota Jambi. Singgah di Rumah Makan Sederhana dan kemudian menikmati durian sebelum pulang ke hotel, bersiap-siap kerana awal pagi keesokan harinya, kami akan melanjutka­n perjalanan ke Jakarta.

KUNJUNG: Sebahagian anggota rombongan yang berkunjuun­g ke Candi Muaro Jambi.

PENERANGAN: Rombongan dari Sabah mendengar penerangan yang diberikan oleh pemandu pelanconga­n.

TENANG: Pemandanga­n di Desa Wisata Muara Jambi.

CANDI: Satu lagi candi di Kompleks Candi Muara Jambi.

UTUH: Candi Gumpung, salah satu candi di Muara Jambi.

JALAN KAMPUNG: Salah satu jalan kampung di Desa Wisata.

UNIK: Rumah ini masih mengekalka­n gaya tradisi.

SEJARAH: Tapak bersejarah UNESCO.

CINTA SEJARAH: Akiah Barabag, salah seorang pencinta sejarah dan Budaya Iranun yang ikut bersama rombongan.

PENGANGKUT­AN: Menaiki Ojek, salah satu kaedah pengangkut­an di Muara Jambi.

PATUNG: Makara, patung penjaga penjaga gerbang di Candi Gumpung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.