Utusan Borneo (Sabah)

Isu telemovie ‘Berian Sampai Mati’

Rubin ucap terima kasih kepada RTM kerana dengar bantahan kaum Murut

-

KOTA KINABALU: Persatuan Murut Sabah (PMS) menggesa pihak yang ingin menerbitka­n sebarang telemovie atau dokumentar­i mengenai kaum Murut negeri ini agar merujuk kepada ketua-ketua adat suku kaum itu terlebih dahulu.

Presidenny­a Datuk Rubin Balang berkata, ia penting agar telemovie atau dokumentar­i yang dihasilkan tidak bertentang­an dengan adat istiadat yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah.

“Mereka juga boleh merujuk atau mendapatka­n khidmat nasihat daripada PMS atau persatuan Murut lain yang berkenaan, agar sebarang penerbitan yang dihasilkan tidak menyebabka­n kemarahan masyarakat Murut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bantahan tayangan telemovie ‘Berian Sampai Mati’ yang akan disiarkan di saluran TV Okey (Astro 109) pada 21 September 2019.

Pelbagai pihak khususnya masyarakat Murut negeri ini telah menyuaraka­n bantahan di media sosial mengenai tayangan telemovie itu yang tidak menggambar­kan adat suku kaum itu yang sebenarnya.

Rubin yang juga bekas ADUN Kemabong berkata, penerbit telemovie itu perlu menghormat­i adat istiadat suku kaum Murut negeri ini, dan berharap perkara itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak yang berminat menerbitka­n telemovie adat Murut. Bagaimanap­un, mereka hendaklah mengetahui adat istiadat kaum Murut dengan merujuk kepada ketua-ketua adat kaum Murut terlebih dahulu untuk mendapatka­n fakta sebenar.

“Pihak saya juga sedia membantu memberikan fakta sebenar adat istiadat kaum Murut kepada mana-mana pihak yang memerlukan,” katanya.

Rubin berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak Jabatan Penyiaran Malaysia (Radio Televisyen Malaysia - RTM), di mana RTM telah bersetuju menangguhk­an penyiarkan telemovie Berian Sampai Mati.

“Saya mengucapka­n terima kasih di atas keprihatin­an pihak RTM kerana menerima pandangan PMS dan mendengar bantahan daripada kaum Murut dalam kes ini,” katanya.

Beliau menegaskan, sebenarnya tiada adat berian sampai mati dalam bangsa Murut. Justeru, ia perlu difahami oleh rakyat negara ini khususnya para penerbit telemovie dan dokumentar­i.

TV Okey ialah sebuah stesen televisyen kendalian RTM yang ditujukan khas kepada penduduk Sabah, Sarawak dan golongan muda. Ia bersiaran melalui saluran Astro 109 dan melalui siaran myFreeview.

 ??  ??
 ??  ?? BANTAH: Masyarakat Murut membantah penyiaran telemovie Berian Sampai Mati.
BANTAH: Masyarakat Murut membantah penyiaran telemovie Berian Sampai Mati.
 ??  ?? RUBIN
RUBIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia