Waspada ancaman buaya ganas

Jika hendak melakukan rutin harian di sekitar Sungai Kalabakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Amir Anuar

KALABAKAN: Orang ramai dinasihatk­an supaya berwaspada sekiranya hendak melakukan rutin harian di sekitar Sungai Kalabakan, berikutan ancaman buaya ganas.

Pegawai Hidupan Liar Tawau Sailun Aris berkata peringatan terbabit mengambil-kira sungai berkenaan menjadi sumber utama orang kampung mendapatka­n bekalan air.

“Penduduk kampung diharap berhati-hati ketika melakukan rutin harian seperti mandi, membasuh pakaian dan menangkap ikan,” katanya, kepada Utusan Borneo kelmarin. Sailun berkata, operasi ber- sepadu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau memburu buaya ganas yang disyaki menyerang seorang wanita sehingga maut kini memasuki hari kedua.

Menurutnya, operasi terbabit diteruskan dengan bantuan aset bot daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sekaligus menambah kekuatan pasukan yang menyertai usaha itu.

Untuk rekod, gerakan itu dimulakan semalam melibatkan pemasangan perangkap ayam yang disertai Balai Polis Kalabakan,Bomba dan Penyelamat Tawau dan Pejabat Daerah.

Sabtu lepas, seorang wanita, Nur Fatimah Saleh, 33, ditemui maut disyaki akibat diserang dan dibaham buaya semasa membasuh pakaian di tepi sungai kira-kira jam 10.30 pagi.

BURU: Operasi bersepadu memburu buaya ganas yang disyaki menyerang seorang wanita sehingga maut di Sungai Kalabakan kini dibantu oleh aset bot PPM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.