Penagih berulang dipenjara lima tahun

Atas kesalahan menyalah guna dadah kali ketiga

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menyalahgu­nakan dadah secara berulang.

Hakim Indra Ayub menjatuhka­n hukuman itu ke atas Setia Utoh, 51, kerana melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik IPD Sandakan di sini lebih kurang jam 8 malam pada 18 Jun lepas.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu bersama sepasukan anggota Narkotik IPD Sandakan telah membuat ujian saringan awal terhadap air kencing tertuduh.

Hasil ujian mendapati sampel air kencing tertuduh positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Seterusnya, tertuduh yang tidak bekerja telah ditangkap kerana disyaki menggunaka­n dadah berbahaya ke atas tubuh badan sendiri.

Atas kesalahan itu, Setia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 39C(1)(b) yang mana tertuduh sebelum ini mempunyai dua sabitan terdahulu.

Dua sabitan terdahulu adalah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang bertarikh 8 Disember 2015 dan 15 September 2016 bertempat di Mahkamah Majistret Sandakan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.