Usaha mencari seorang lagi pemancing hilang diteruskan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

LABUAN: Usaha mencari seorang lagi pemancing hilang di perairan Lawas, Sarawak, Mohd Amirul Bakar, 26, diteruskan setelah dua mayat rakannya ditemukan.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata, mayat Yee Chon Tiong, 30, dijumpai terdampar di atas batu di kawasan perairan Sungai Labik, Sarawak kira-kira jam 8.35 pagi.

“Ketiga-tiga pemancing itu dikatakan keluar memancing pada Isnin sekitar jam 5 pagi menggunaka­n bot jenis fiber dan sepatutnya pulang jam 6 petang hari yang sama,” katanya.

Zon Maritim Labuan kemudian menerima laporan penemuan mangsa kedua Faruk Arina Ahmad Sabri kira-kira 11 malam kelmarin.

Mayat mangsa yang ditemukan penduduk kampung telah dikenal pasti oleh ahli keluarga dan telah dibawa ke Hospital Lawas.

Faruk, 29, ditemukan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung di pesisiran pantai Pulau Sari Besar dalam keadaan terapung.

Pihak APMM Labuan seterusnya melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula 12 tengah malam semalam dan operasi masih diteruskan bagi mencari seorang lagi mangsa (Mohd Amirul) yang masih hilang.

Operasi membabitka­n pihak Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin Diraja Brunei dan nelayan tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.