Utusan Borneo (Sabah)

Polis Marin gagalkan cubaan seleweng tong gas LPG

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin berjaya gagalkan cubaan menyelewen­g gas LPG jenama MyGaz selepas berjaya merampas 31 tong gas berkenaan dalam satu operasi di kawasan Parit Batu 3, di sini, pagi kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Pajeri Ali berkata, risikan dan pemantauan telah dijalankan Unit Risik Marin bagi mengenal pasti kegiatan penjualan tong gas LPG tanpa permit di sekitar kawasan pesisir pantai Sandakan.

“Hasil pemantauan telah mendapati seorang lelaki tempatan sedang memunggah sesuatu di kawasan Parit Batu 3 dalam keadaan mencurigak­an.

“Sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Sandakan telah berjaya menahan lelaki berusia 46 tahun warga tempatan terbabit,” katanya.

Pihaknya juga berjaya merampas 31 tong gas LPG MyGaz berwarna kuning dipercayai untuk diseleweng­kan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi.

Pajeri memberitah­u, semasa pemeriksaa­n lanjut oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin Sandakan, lelaki terbabit gagal mengemukak­an sebarang dokumen yang sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membolehka­n sebarang transaksi penjualan, penyimpana­n dan pemindahan tong gas LPG dijalankan.

“Lelaki itu beserta barang kes dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, keseluruha­n nilai rampasan adalah dianggarka­n berjumlah RM7,750.

“Kes kemudianny­a diserahkan kepada KPDNHEP dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan kawalan bekalan, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM1 juta untuk perseorang­an dan penjara tiga tahun,” katanya.

 ??  ?? RAMPAS: Pajeri (kanan) bersama Pegawai Pemerintah Marin Sandakan DSP Rusdin Banin (kiri) memeriksa tong gas di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan.
RAMPAS: Pajeri (kanan) bersama Pegawai Pemerintah Marin Sandakan DSP Rusdin Banin (kiri) memeriksa tong gas di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia