Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia tahan empat nelayan, 100kg ikan bom

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan empat nelayan lelaki warga asing dalam satu operasi khas di Tanjung Tavajun Pulau Gaya, di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Penguatkua­saan dan Eksesais Maritim Sabah Komander Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi bermula jam 5 petang itu juga berjaya merampas 100 kilogram ikan pelbagai jenis.

“Bertindak atas maklumat risikan yang diterima, sepasukan anggota menjalanka­n operasi dan selepas menunggu hampir dua jam anggota kita mengesan sebuah bot pam dinaiki empat lelaki.

“Apabila menyedari kehadiran anggota kita, empat lelaki terbabit bertindak membuang beberapa peralatan dipercayai bahan bom ikan ke dalam laut,” katanya.

Menurutnya sebaik ditahan, anggota keselamata­n mendapati kesemua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan bot pam yang dinaiki juga tidak mempunyai sebarang dokumen serta nombor pendaftara­n.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut berjaya menemukan kira-kira 100 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam bot pam berkenaan dipercayai ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan.

“Kesemua awak-awak dan bot bersama rampasan ikan mencecah RM2,000 itu dibawa ke Jeti Maritim Sabah untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1963 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Sementara itu, Pembantu Perikanan William Raymond semasa memeriksa keadaan ikan yang dirampas dari bot pam nelayan itu mengesahka­n ikan terbabit ditangkap dengan kaedah bom.

“Berdasarka­n keadaan bahagian dalam ikan yang diperiksa, kita mendapati berlakunya pendarahan dalaman dipercayai akibat pecahan organ-organ ikan.

“Kesan di bahagian pundi udara ikan yang rosak serta bahagian tulang rusuk terlerai daripada tulang belakang menunjukka­n ciri-ciri ikan yang ditangkap menggunaka­n bom ikan,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an orang awam terutama komuniti maritim agar tidak terlibat dengan aktiviti pengeboman ikan atau penjualan ikan yang ditangkap dengan bahan letupan kerana ia menyalahi undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985, yang mana boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

 ??  ?? PERIKSA: William semasa memeriksa bahagian dalaman ikan yang dirampas dari bot pam suspek, turut kelihatan Suffian (tengah).
PERIKSA: William semasa memeriksa bahagian dalaman ikan yang dirampas dari bot pam suspek, turut kelihatan Suffian (tengah).
 ??  ?? HANCUR: Keadaan dalaman ikan yang hancur dipercayai akibat kesan bahan letupan.
HANCUR: Keadaan dalaman ikan yang hancur dipercayai akibat kesan bahan letupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia