Utusan Borneo (Sabah)

Masalah jerebu dibimbangi beri kesan terhadap beberapa acara sudah dirancang

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bimbang masalah jerebu yang sedang melanda beberapa bahagian negeri ketika ini akan memberi kesan terhadap beberapa acara yang sudah dirancang.

Katanya, terdapat banyak acara yang sudah dirancang berpotensi menarik kemasukan ramai pelancong dari luar negara seperti Spartan Race dan What About Kuching.

Memberi contoh Spartan Race yang dijadual pada 19 dan 20 Oktober depan, Menteri Belia dan Sukan itu berkata penyertaan mungkin boleh terjejas memandangk­an kebanyakan peserta yang mendaftar adalah dari luar negara.

“Untuk Spartan Race, lebih 60 peratus mereka yang mendaftar menjadi peserta adalah dari luar negara.

“Kalau kita masih dilanda jerebu pada masa itu, memang tidak berapa eloklah kerana objektif kita menganjurk­an acara ini adalah untuk mempamerka­n alam sekitar kita.

“Kalau aktiviti dalam dewan, saya tidak kisah tetapi ini adalah membabitka­n acara di luar, di mana jerebu ini sekiranya tidak diselesaik­an boleh menjejaska­n penyertaan dan kemasukan orang dari luar negara ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyempurn­akan penutupan dan penyampaia­n hadiah Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2019 di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa kelmarin.

Sehubungan itu, beliau amat berharap kerajaan Indonesia mengambil langkah drastik mengawal pembakaran di wilayah Kalimantan yang membawa jerebu rentas sempadan ke Sarawak.

Pada masa sama, beliau juga menggesa kerajaan persekutua­n lebih proaktif dalam menyelesai­kan masalah jerebu yang melanda Sarawak.

“Kerajaan persekutua­n sepatutnya menegur kerajaan Indonesia supaya melihat ini sebagai satu masalah yang rumit. Kalau sekadar menghantar nota diplomatik, itu tidak memadai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia