Rompak berkumpula­n: Mekanik ketahui nasib 27 Sept KOTA KINABALU:

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Clarice Usop

Seorang mekanik akan mengetahui nasibnya pada 27 September di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan rompak berkumpula­n terhadap seorang lelaki.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh itu terhadap Carlsten Freddie Japat, 42, yang tidak diwakili peguam setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh akan mengetahui pada tarikh itu nanti, sama ada dipanggil membela diri atas tuduhan terbabit atau sebaliknya.

Tertuduh bersama seorang yang masih bebas, merompak mangsa berusia 30 tahun dan merampas sejumlah wang terbabit, empat telefon pintar dan rantai emas.

Kesalahan dilakukan pada 17 Oktober tahun lalu jam 2.30 pagi di sebuah kedai kawasan tamu, Kuala Penyu, daerah Beaufort.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Dalam pada itu, sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, seramai enam saksi dipanggil memberikan keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.