Wanita tidak mengaku atas 189 pertuduhan menipu SIBU:

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

Seorang ahli perniagaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 189 pertuduhan menipu.

Tertuduh Wong Gin Gin, 49, membuat pengakuan itu setelah kesemua pertuduhan dibacakan terhadapny­a lebih satu jam di hadapan Stella Augustine Druce.

Mahkamah membenarka­n tertuduh bebas dengan ikat jamin RM31,500 berserta dua penjamin tempatan, selain menetapkan 21 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan, Wong didakwa menipu seorang pengarah syarikat penternaka­n yang membekalka­n ayam hidup kepada syarikat tertuduh pada 2016 dan 2017, membabitka­n kerugian RM489,533.44.

Tertuduh dengan curang mendorong mangsa untuk terus membekalka­n ayam hidup kepada syarikat miliknya dengan berjanji untuk membayar semua tunggakan hutang bagi ayam hidup yang telah dibekalkan berserta keuntungan jualan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.