Pelajar mengaku rogol rakan sekolah di tandas awam KUCHING:

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

Seorang pelajar lelaki bawah umur mengaku bersalah semalam atas pertuduhan merogol rakan sekolahnya di tandas awam pada 6 Ogos lalu.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk mendengar laporan akhlak bagi kes tersebut.

Tertuduh, 17, mengaku melakukan perbuatan terbabit di dalam tandas lelaki di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Green, sini.

Menurut fakta kes, tertuduh dan mangsa belajar di sekolah yang sama di sini dan sudah berjumpa sebanyak tiga kali sejak Jun lepas.

Tertuduh juga meraba rakannya yang berusia 14 tahun itu di bahagian payudara, selain menyentuh kemaluanny­a ketika berada di tangga.

Selepas kejadian itu, mangsa memaklumka­n kepada ibunya mengenai perkara terbabit dan dia dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n lanjut.

Menurut laporan perubatan, doktor mengesahka­n terdapat kesan koyak di bahagian kemaluan mangsa akibat perbuatan tertuduh.

Pertuduhan­dibuatmeng­ikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagi Sekyen 376(1) KK, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 14(a) pula, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.