Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu hayati Rukun Negara

Ideologi memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n kaum

-

TUARAN: Rakyat perlu sentiasa menghayati Rukun Negara dalam kehidupan bagi memastikan negara terus harmoni dan stabil.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kerajaan mewujudkan Rukun Negara sejak tahun 1970 sebagai ideologi memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n kaum.

“Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara mestilah kita hayati dan amalkan agar keamanan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini terus terpelihar­a dan terjaga.

“Jika setiap orang di negara ini berpegang kepada ideologi dan prinsip Rukun Negara serta menghormat­i perlembaga­an yang termaktub, saya yakin kestabilan negara kita tidak akan mampu digugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Begitu juga dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ amat sesuai dengan hasrat serta kesungguha­n kerajaan baharu untuk membendung dan menghapusk­an gejala rasuah serta penyalahgu­naan kuasa yang boleh meruntuhka­n sesebuah negara,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Merdeka@Komuniti Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih anjuran Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) di Dewan Pekan Kiulu pada Selasa.

Turut berlangsun­g pada majlis itu, penyampaia­n hadiah Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan sebanyak tujuh kategori iaitu Kampung, Taman Perumahan, Individu, Pintu Gerbang, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Bangunan Kerajaan serta Pertanding­an Kerusi Roda Berhias Orang Kelainan Upaya (OKU).

Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Program Mohd Soffian Alfian Nair, Setiausaha Politik Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Joisin Romut, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Jefry Teo, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kiulu Suali Sikir dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran Malina Jamarin.

 ??  ?? KENANGAN: Madius merakamkan gambar kenangan bersama tetamu dan hadirin.
KENANGAN: Madius merakamkan gambar kenangan bersama tetamu dan hadirin.
 ??  ?? PEMENANG: Madius (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Kerusi Roda Berhias OKU.
PEMENANG: Madius (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Kerusi Roda Berhias OKU.
 ??  ?? TAHNIAH: Madius (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu kategori Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan.
TAHNIAH: Madius (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu kategori Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia