Utusan Borneo (Sabah)

PIRKVL pilihan SMK Labuan sebagai lokasi penanda aras

-

LABUAN: Perpustaka­an Ibnu Razzaz, Kolej Vokasional Labuan (PIRKVL) telah dikunjungi oleh delegasi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL), baru-baru ini.

Ia adalah bersempena lawatan sambil belajar ataupun telah dipilih sebagai lokasi penanda aras di PIRKVL, khususnya dalam aspek pengurusan, perolehan dan pemerosesa­n bahan.

Lawatan itu yang diketuai oleh Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) Maslina Arifin juga bertujuan bertukar pandangan, tatacara kerja dan melakukan penanda arasan mengenai proses kerja perolehan serta pemprosesa­n bahan perpustaka­an.

Rombongan terdiri daripada 22 orang iaitu 20 pengawas perpustaka­an dan dua guru pengiring.

Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Jaminan Kualiti KVL Wong Kok Meng berbesar hati menyambut kehadiran rombongan berkenaan.

Beliau juga berharap agar lawatan ke PIRKVL mampu memberi manfaat kepada pihak SMK Labuan.

“Besar tapak tangan nyiru kami tadahkan,” kata Ketua Unit Perpustaka­an Ibnu Razzaz DK Rubiah P Ibrahim.

Beliau juga merakamkan tanda penghargaa­n kepada rombongan berkenaan.

Menurut beliau, lawatan itu turut mencermink­an bahawa walaupun PIRKVL berkapasit­i kecil, namun impaknya mampu membawa kepada manfaat yang besar sehingga ke luar kawasan sekolah.

GPM PIRKVL turut berkongsi pengalaman menjadi wakil Wilayah Persekutua­n Labuan ke Pertanding­an Pusat Sumber Cemerlang 2019 Jun lalu.

Rubiah berkata, dengan pencalonan itu, maka pelbagai pihak pasti akan terbuka hati mengunjung­i PIRKVL, lebihlebih lagi PIRKVL merupakan Kolej Vokasional pertama di Malaysia yang tercalon dalam pertanding­an itu.

Pada awal kedatangan rombongan, mereka telah melawat melihat sekitar PIRKVL sambil diberikan penerangan mengenai perkhidmat­an dan kemudahan yang ditawarkan oleh PIRKVL.

Ia termasukla­h melawat bilik-bilik khas seperti bilik Galeri Sejarah, bilik Projek Tahun Akhir (PTA) dan bilik akses (tayangan).

Maklumat pengurusan turut disampaika­n semasa berada di dalam perpustaka­an oleh Rubiah sendiri.

Sesi lawatan itu turut diselitkan dengan beberapa aktiviti selingan oleh pihak tuan rumah dan sesi berakhir pada jam 11.30 pagi.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Rubiah (empat kiri) bergambar kenangan bersama Maslina (empat kanan), Hasriah Sidek (lima dari kiri), barisan Jawatankua­sa Kerja dan Pengawas PIRKVL serta pelajar SMK Labuan.
GAMBAR KENANGAN: Rubiah (empat kiri) bergambar kenangan bersama Maslina (empat kanan), Hasriah Sidek (lima dari kiri), barisan Jawatankua­sa Kerja dan Pengawas PIRKVL serta pelajar SMK Labuan.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Wong (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Maslina Ariffin sambil diperhatik­an Rubiah (kiri).
CENDERAHAT­I: Wong (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Maslina Ariffin sambil diperhatik­an Rubiah (kiri).
 ??  ?? BIMBING: Anuar Ibrahim (kiri) membimbing pelajar mencari buku menggunaka­n sistem OPEC PS Sentral.
BIMBING: Anuar Ibrahim (kiri) membimbing pelajar mencari buku menggunaka­n sistem OPEC PS Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia