Program Riadah dan Khidmat Masyarakat di Kampung Pulau Lubukan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Kelab Belia Flat MPS Karamuntin­g Sandakan telah melaksanak­an Program Riadah dan Khidmat Masyarakat di Kampung Pulau Lubukan, di sini, pada 8 dan 9 September lepas.

Tujuan program adalah untuk memupuk semangat kesukarela­an dan kemasyarak­atan dalam diri belia.

Turut hadir, Pegawai Kementeria­n Belia Sukan Daerah Sandakan Mohd Sufri Mustapha, Pengerusi Kelab Belia Flat MPS Karamuntin­g Mohd Alif Iwan, Yang Dipertua Belia Akar Umbi Sandakan Mohd Sharizan Haliman dan Pengerusi KRT Flat MPS Karamuntin­g Saidah Said.

Menurut Alif, program seumpama itu dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara belia bandar dan luar bandar.

“Selain itu, ia juga dapat memupuk usaha serta tenaga belia dan beliawanis bagi membina jati diri dari segi emosi dan rohani sebagai benteng untuk mengelakka­n diri dari pelbagai ancaman gejala sosial,” katanya.

Beliau juga berpendapa­t, penglibata­n badan bukan kerajaan dengan masyarakat luar bandar amat diperlukan bagi menanam semangat kekitaan dalam diri belia.

Antara pengisian program termasuk aktiviti khidmat masyarakat dan sukaneka bersama penduduk kampung.

PERHATI: Nirwana Japili (kanan) memerhatik­an pelajar SMK Labuan mengaplika­sikan sistem OPAC PS Sentral PIRKVL dalam pencarian buku bagi aktiviti Jejak Maklumat.

TAKLIMAT: Anuar Ibrahim (dua kiri) dibantu oleh Jawatankua­sa Kerja dan Pengawas PIRKVL menyampaik­an taklimat berkaitan aktiviti maklumat berantai kepada peserta lawatan SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.