PKR Silam mahu Anwar terajui PKR, jadi PM kelapan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam mengangkat usul mahu presiden parti dikekalkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Ketua Cabang Haris Tupang Thomas berkata, kepimpinan Anwar diyakini ahli di sini untuk memimpin negara demi kelangsung­an kemajuan Malaysia.

“Kami sebulat suara meluluskan dan mengangkat usul ini selain beberapa isu lain ke peringkat negeri dan Pusat,” katanya selepas Mesyuarat Tahunan PKR Cabang Silam, di sini semalam.

Haris seterusnya mengajak ahli PKR Silam untuk bersatu demi mengukuhka­n parti.

Menurutnya, ahli juga perlu memberi sokongan padu dan terus bekerjasam­a dengan pemimpin parti untuk terus berkhidmat.

“Kerajaan sekarang bekerja keras untuk melaksanak­an mandat yang diberikan kepada kita oleh rakyat.

“Kita mesti berusaha keras bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga untuk membuktika­n kita lebih baik daripada kerajaan terdahulu,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Haris berkata kerjasama sentiasa diberikan dan tidak wujud sebarang masalah malah sentiasa berhubung.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan baharu harus diberi masa untuk menyesuaik­an diri sebagai pentadbir dan menjalanka­n tugasan serta mandat rakyat.

Turut hadir, Ketua PKR Wanita Negeri Rahimah Majid dan Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Abdul Ghani Zelika.

KENANGAN: Barisan kepimpinan PKR Silam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.