Utusan Borneo (Sabah)

Karnival MYPerodua Nation jangka kunjungan terbesar pada 20-22 September

-

RAWANG: MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya kepada orang ramai dari 20 sehingga 22 September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, dengan jangkaan kira-kira 25,000 pengunjung di sepanjang tiga hari acara itu berlangsun­g.

MYPerodua Nation merupakan karnival Perodua terulung yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk memaparkan segalanya mengenai Perodua.

“Setelah berlangsun­g dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjika­n hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronok­kan buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” tambahnya.

Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmat­an Perodua akan turut berada di sana, termasukla­h Perodua Total Protect Plus, Kenderaan PraMilik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.

Rakan-rakan kewangan dan insuran juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.

“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam.

“Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsun­g,” kata Zainal.

Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstras­i sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertanding­an dan aktiviti yang menyeronok­kan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia