Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu pertahanka­n perpaduan, kata Rozman

-

LABUAN: Rakyat diajak untuk terus mempertaha­nkan perpaduan dengan semangat dan tenaga baharu.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, dengan adanya perpaduan dalam kalangan rakyat, Labuan berpotensi menjadi suri teladan dalam pelbagai aspek seperti pembanguna­n material dan spiritual.

“Perpaduan yang utuh dan hubungan harmoni sekian lama di antara masyarakat berbilang kaum menyebabka­n kita di Labuan menikmati kemajuan yang membanggak­an.

“Kita di Labuan adalah sebauh tempat yang telah dianugerah­kan dengan satu keadaan yang cukup hebat dan perlu kita syukuri... marilah kita berganding bahu dalam satu pasukan untuk mencapai cita-cita nasional,” katanya semasa merasmikan

Program Aspirasi Merdeka, anjuran Jabatan Penyiaran Labuan, baru-baru ini.

Rozman turut mengajak semua pihak agar bersiap sedia dengan cabaran dalam mengisi kemerdekaa­n negara.

“Malaysia membangun dengan hebat dan memerlukan kita bersiap sedia dengan cabaran yang baharu kerana cara hidup yang berlainan memerlukan cara yang berlainan untuk mengisi kemerdekaa­n ini.

“Adalah penting bagi generasi baharu juga perlu memahami sejarah dan proses pembinaan negara ini agar kita lebih menghargai nilai sesebuah kemerdekaa­n,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek berkata, Program Aspirasi Merdeka merupakan persediaan untuk menyelami semangat cintakan negara dan rasa tanggungja­wab kepada pembanguna­n negara dari segi fizikal dan juga minda.

“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam bentuk candawara dan penuh keceriaan ini merupakan suntikan dan galakan kepada kita untuk menghormat­i sejarah serta erti sambutan Hari Kebangsaan dalam gaya yang tidak formal dan bersahaja.

“Antara pengisian aktiviti hari ini adalah 10 ribu Langkah Semarak Merdeka dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan, Xplorasi Merdeka dengan kerjasama Persatuan Pencinta Sejarah & Khazanah (PESADA), pertanding­an mewarna, Pertanding­an Fesyen Kreatif Merdeka, Kuiz Merdeka & Visit Malaysia 2020 kerjasama Jabatan Muzium, MOTAC dan Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Labuan,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan Simsudin Sidek.

 ??  ?? ALBUM: Rozman (tengah) bersama tetamu yang menjayakan Program Aspirasi Merdeka, anjuran Jabatan Penyiaran Labuan di Medan Selera Labuan, baru-baru ini. Turut kelihatan Fary Akmal (empat kanan) dan Fauziah (empat kiri).
ALBUM: Rozman (tengah) bersama tetamu yang menjayakan Program Aspirasi Merdeka, anjuran Jabatan Penyiaran Labuan di Medan Selera Labuan, baru-baru ini. Turut kelihatan Fary Akmal (empat kanan) dan Fauziah (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia