Utusan Borneo (Sabah)

BERSATU berhasrat letak calon

Terdapat beberapa calon layak untuk PRK di Parlimen Kimanis

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berhasrat mengemukak­an senarai calon kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) jika berlaku pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Kimanis.

Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, terdapat beberapa calon layak untuk diketengah­kan sebagai calon BERSATU yang dilihat mampu memastikan kerusi itu milik PH.

“Bagaimanap­un, kita menyerahka­n sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PH membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon BERSATU atau tidak sekiranya PRK Kimanis diadakan.

“Apa pun keputusann­ya, kita terima dan pada masa sama kita (BERSATU) akan menyokong siapa saja calon yang terpilih dari parti komponen ataupun rakan PH bagi memastikan kerusi Kimanis milik PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Program Jelajah Pimpinan BERSATU Sabah ke BERSATU Bahagian Kimanis di Dewan Kampung Pimping, di sini.

Hadir sama, Timbalan Penyelaras BERSATU Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Pengarah Strategik dan Pilihanray­a BERSATU Sabah Datuk Lajim Ukin, Ketua Bahagian BERSATU Kimanis Datuk Ariffin Arif dan Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Azizah Mohd Dun.

Sementara itu, Lajim ketika ditemui berkata, keputusan mengemukak­an calon untuk PRK Kimanis adalah kehendak akar umbi walaupun sebelum ini BERSATU Sabah memberi jaminan tidak akan menuntut kerusi itu.

Menurutnya, tindakan tidak menuntut kerusi berkenaan sebenarnya tidak mewakili keputusan seluruh kepimpinan tertinggi BERSATU Malaysia sebaliknya cuma pandangan pihak parti itu di Sabah.

“Itu cuma pandangan (tidak tuntut kerusi Kimanis) kita sebagai ahli peringkat bawahan saja... kalau kepimpinan atas mahukan kita bertanding dan mahu hantar senarai calon, kita ikut saja.

“Kita tidak boleh bertelagah sesama sendiri khususnya PH dan WARISAN kerana WARISAN adalah rakan PH yang turut menyumbang kepada pembentuka­n kerajaan dengan lapan kerusi Parlimen dan itu perlu diambil kira.

“Kita juga harus ambil kira banyak perkara berdasarka­n senario politik ketika ini yang perlu diperhalus­i jika BERSATU berhasrat mengambil bahagian dalam PRK Kimanis,” katanya.

Dalam pada itu, Lajim memaklumka­n pihaknya akan membuat lawatan ke seluruh Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk bertemu cawangan dan jentera sayapsayap BERSATU di Parlimen Kimanis dalam masa terdekat.

Beliau berkata, usaha itu bagi mengenal pasti peluang dan mendapatka­n maklum balas mengenai sokongan terhadap calon BERSATU jika diberi ruang bertanding pada PRK Kimanis.

“Pada masa sama, kita juga membuat persediaan bagi membantu calon parti lain dalam PH untuk memastikan kerusi Kimanis menjadi milik PH,” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Hajiji dan sebahagian tetamu merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Hajiji dan sebahagian tetamu merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia