Utusan Borneo (Sabah)

Balai bomba Telupid perlu direalisas­ikan

KPKT diharap beri perhatian agar kadar kemusnahan harta benda dapat dikurangka­n

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

BELURAN: Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee berharap cadangan mewujudkan Balai Bomba dan Penyelamat di Telupid akan dapat direalisas­ikan dalam usaha mengurangk­an kadar kemusnahan harta benda.

Sebelum ini, permohonan mendapatka­n kemudahan yang sama telah berjaya dilaksanak­an di Beluran dan kini beliau mengharapk­an kerajaanme­laluiKemen­terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberi keutamaan kepada Daerah Telupid.

“Sekiranya pasukan bomba lambat tiba di lokasi kebakaran, kita tidak boleh salahkan mereka. Ini kerana, kejadian seumpama tidak boleh dielak.

“Kita sedar kedudukan balai bomba yang agak jauh dari kampung-kampung menyebabka­n mangsa mengalami kerugian yang besar akibat kebakaran.

“Sebelum ini, kita mohon untuk bina sebuah balai bomba di Beluran dan ia telah direalisas­ikan. Dengan pengumuman KPKT bahawa tujuh balai bomba dan penyelamat akan dibina di Sabah, saya harap untuk Telupid akan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Wang Ehsan kepada Mangsa Kebakaran Kampung Keramat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran, di sini kelmarin.

Ronald berharap kerajaan baharu akan berganding bahu dan berusaha untuk mendapatka­n yang terbaik bagi rakyat termasuk di daerah berkenaan.

Pada majlis itu, seramai 23 Ketua Isi Rumah yang merupakan mangsa kebakaran Kampung Keramat telah menerima sumbangan wang ehsan bernilai RM500.

Sementara itu, Ronald berharap mangsa kebakaran dapat dibantu menerusi program bantuan perumahan rakyat.

Katanya, ia berikutan kebanyakan mangsa yang terlibat adalah dari keluarga yang susah dan tidak mampu untuk membina semula rumah.

Jelasnya, sebarang bentuk bantuan seperti Program Bantuan Rumah atau Program Perumahan Rakyat Termiskin amat dialu-alukan mengikut kesesuaian.

“Bantuan wang ehsan ini kita dapat melihat kerajaan sudah mulai mengorak langkah memberi bantuan sewajarnya. Kita berharap bantuan rumah dapat diberi perhatian pula selepas ini,” jelasnya.

Hadir sama, Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Abdul Rahman Md Yakub, Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling, Leftenan Pertahanan Awam Samasuddin Kambade dan Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda.

 ??  ?? SERAH: Ronald (empat kiri) menyerahka­n sumbangan wang ihsan kepada salah seorang ketua isi rumah.
SERAH: Ronald (empat kiri) menyerahka­n sumbangan wang ihsan kepada salah seorang ketua isi rumah.
 ?? BERSAMA: Ronald dan tetamu jemputan bersama mangsa kebakaran Kampung Keramat. ??
BERSAMA: Ronald dan tetamu jemputan bersama mangsa kebakaran Kampung Keramat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia