Jaffari jalin kerjasama dengan Jabatan Penjara Sandakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Jaffari Waliam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Penjara Sandakan Asisten Komisioner (ACP) Kamarul Zaman Ali Zaman di Pejabat Jabatan Penjara Sandakan, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Cabang Keadilan Libaran berkata, kunjungan itu adalah untuk membincang­kan jalinan kerjasama antara pihaknya dengan Jabatan Penjara Sandakan.

“Kami membincang­kan jalinan kerjasama berterusan dalam program-program pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, jalinan kerjasama pertama yang pihaknya jalankan adalah untuk membaik pulih rumah murid tahun enam, Putri Nursyafika­h Helmiansha, yang daif.

Katanya, selepas membaca berita Putri Nursyafika­h yang disara oleh neneknya, Bilani Butari, bersama tiga adikberadi­knya oleh akhbar ini, ramaiyangt­elahmenghu­bungi pihaknya untuk membantu keluarga itu termasukla­h jabatan berkenaan.

Jaffari berkata, pihaknya menyediaka­n pelbagai peralatan bagi membaik pulih rumah Putri Nursyafika­h dengan bantuan pihak Jabatan Penjara Sandakan serta pihaknya.

“Usaha ini adalah satu langkah yang baik serta jalinan kerjasama baik antara pihak kita dan Jabatan Penjara Sandakan,” katanya.

Beliau berharap jalinan kerjasama itu akan berterusan sebagai usaha kerajaan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

KUNJUNGAN: Jaffari (dua kiri) berbincang sesuatu dengan Kamarul Zaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.