PAS Putatan gilap bakat baharu penulisan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

PUTATAN: Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Putatan mengambil inisiatif menganjurk­an Bengkel Penulisan Berita di Kepayan kelmarin bagi mencungkil kemahiran penulisan dalam kalangan ahli.

Bengkel itu telah disampaika­n oleh Penolong Setiausaha 1 PAS Sabah merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi, dan disertai 15 orang dalam kalangan ahli. Turut hadir ialah Setiausaha PAS Putatan Asmaidie Asbie.

Dalam bengkel itu, Amiruddin telah berkongsi asas penulisan berita, penggunaan laras bahasa dan format yang betul serta disusuli latihan praktikal dalam kalangan peserta.

“Kami berharap dengan penganjura­n bengkel seumpama ini mampu melahirkan bakat penulisan baharu khususnya di kawasan ini.

“Selain itu, ahli juga dapat cakna isu-isu semasa dan tempatan serta meningkatk­an ilmu pengetahua­n apabila melibatkan diri dalam bidang penulisan,’’ katanya.

PESERTA: Para peserta merakam gambar selepas bengkel berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.