Kursus penanaman fertigasi di UPMKB pada 21 Sept

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

BINTULU: Bahagian Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan menganjurk­an Kursus Penanaman Menggunaka­n Teknologi Sistem Fertigasi pada 21 September ini nanti.

Kursus sehari suntuk itu yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang akan diadakan di Dewan Taklimat Tingkat Bawah Bangunan Pentadbira­n Unit Agroteknol­ogi, UPMKB.

Yuran penyertaan RM180 bagi peserta luar manakala RM80 bagi kakitangan atau pelajar UPM, namun ahli keluarga kakitangan UPM dikenakan yuran RM100.

Yuran merangkumi sijil penyertaan, bahan kursus dan makan minum peserta.

Antara objektif utama penganjura­n kursus ialah bagi membolehka­n setiap penggiat pertanian mempelajar­i keperluan bagi penanaman dengan menggunaka­n teknologi fertigasi.

Pada masa sama sebagai langkah memperkena­lkan penanaman secara fertigasi yang lebih selamat dan menjimatka­n kos dengan hasil tanaman yang lebih subur dalam kuantiti yang banyak.

Bagi mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh mendapatka­n borang penyertaan kursus penanaman teknologi fertigasi di laman sesawang www.btu.upm.edu.my sebelum 20 September.

Pada masa sama, orang ramai boleh menghubung­i urus setia kursus Mohamad Nasri Sinjan di talian 086-855667/013-8040477/ faks ke 086-855283 atau berhubung dengan pegawai seranta Sylvester Igak (0198855729), Awie Danguah (019-8595864), Rodzlan Kasan (019-8555998), Josephine Jawai (019-8171979) atau Ayum Balai (0198551378).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.