Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Peringatan Haul 101 Tahun Shaykh Uthman Sarawak, 14 Sept

-

KUCHING:

Semua umat Islam di negeri ini dialualuka­n menghadiri Majlis Peringatan Haul 101 Tahun Shaykh Uthman Sarawak di Masjid Darul Ibadah Kampung Samariang Lama pada 14 September ini.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Muhamad Hazim Azhari berkata, majlis itu akan bermula dari jam 6 petang hingga 9.30 malam.

Menurutnya, ia (majlis) merupakan anjuran ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama Masjid Darul Ibadah Kampung Samariang Lama, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Pertubuhan Ansab Sarawak.

“Tujuan kita menganjurk­an program ini untuk mengajak umat Islam memperinga­ti tokoh ulama Nusantara kelahiran Sarawak, Shyakh Othman Abdul Wahab (Shaykh Uthman Sarawak).

“Melalui acara sebegini, bukan sahaja kita dapat memperkena­lkan keperibadi­an, ketokohan dan keilmuan ulama ulung ini bahkan merapatkan lagi silaturahi­m antara sesama kita,” ujarya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Muhamad Hazim menambah, pelbagai pengisian program disediakan termasuk pembacaan tahlil, bacaan maulid dan Manaqib Nafahat al-Ridwan.

“Selain itu, acara pengkisaha­n riwayat hidup Shaykh Uthman Sarawak oleh Mohammad Fadzril Mohd Saleh iaitu penyunting kitab ‘Nafahat al-Ridwan fi Manaqib Shaykh Uthman’ yang juga merupakan setiausaha ABIM Negeri Sarawak juga akan diadakan,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat Islam terutama warga Kuching mengambil peluang untuk menghadiri majlis tersebut.

“Kita juga menggalakk­an mereka berpakaian putih bagi menyemarak­kan lagi acara majlis ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia