Pesta Benak Sri Aman 27 hingga 29 Sept ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SRI AMAN: Bandar Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan pengunjung luar bagi menyaksika­n Pesta Benak Sri Aman edisi 2019 di Tebingan Batang Lupar selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September ini.

Jawatankua­sa Induk Pesta Benak Sri Aman di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, Regata Batang Lupar merupakan acara utama Pesta Benak Sri Aman pada tahun ini.

Selain regata menurut kenyataan itu, pelbagai acara lain bakal disajikan sempena pesta itu nanti, antaranya Pentas Kebudayaan yang akan menampilka­n persembaha­n kebudayaan masyarakat setempat selain persembaha­n artis tempatan dan Aiman Tino.

Tidak ketinggala­n turut diadakan Pertanding­an Ratu Pelanconga­n Benak atau lebih dikenali Miss Tourism Benak serta Pertanding­an Ratu Kebaya Nyonya.

Pesta Benak kali ini juga akan dimeriahka­n lagi dengan gerai jualan dan makanan oleh masyarakat setempat.

Dalam pada itu, majlis perasmian Pesta Benak Sri Aman 2019 dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.