Agong, permaisuri ucap selamat menyambut perayaan Onam

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h mengucapka­n selamat menyambut perayaan Onam kepada masyarakat Malayalee yang menyambut perayaan itu semalam.

“Selamat menyambut perayaan Onam yang meriah dan diberkati kepada semua rakan daripada kaum Malayalee,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Instagram Istana Negara.

Onam, festival menuai masyarakat Malayalee, jatuh pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan OgosSeptem­ber). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.