Skuad Kembara BERNAS jelajah Malaysia sempena Hari Kebangsaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) semalam, melancarka­n siri jelajah Skuad Kembara Bernas (SKB) bagi memupuk semangat perpaduan antara warga BERNAS dengan masyarakat setempat.

BERNAS dalam satu kenyataan berkata, program jelajah selama tiga hari bermula semalam, adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat selain sebagai medium berkongsi maklumat mengenai beras-beras yang terdapat di serata dunia.

“Siri jelajah ini membabitka­n empat kumpulan yang akan menjelajah ke beberapa lokasi di negeri-negeri pantai barat, utara dan pantai timur Semenanjun­g serta Sabah dan Sarawak.

“Antara pengisian program termasukla­h sesi bertemu dan maklum balas pelanggan bersama penduduk, selain mengadakan pameran beras keluaran tempatan dan keluaran dari negara lain,” menurut kenyataan itu, di sini, semalam.

Antara lokasi SKB adalah Pekan Sekinchan, Selangor; Pusat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pusat Transforma­si Desa (RTC) Simpang Pulai, Perak; Pasar Pagi Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Pasar Pagi Kampung Berjaya Alor Setar, Kedah.

Lokasi lain termasuk Pasir Putih, Kelantan; Bukit Kenak, Terangganu;KotaKinaba­ludan Tepilok di Sabah serta Kuching, Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.