Royal Brunei Airlines terima anugerah lima bintang APEX

Anugerah berprestij ini menjadikan RB sebahagian daripada kumpulan lima syarikat penerbanga­n terbaik dunia

Utusan Borneo (Sabah) - - Ekonomi - Oleh Eric Edward

MIRI: Royal Brunei Airlines (RB) telah dianugerah­i penarafan lima bintang untuk kategori syarikat penerbanga­n utama oleh Persatuan Pengalaman Penumpang Penerbanga­n (APEX), sebuah organisasi bukan untung yang menilai secara keseluruha­n perkhidmat­an penumpang penerbanga­n.

Anugerah disampaika­n pada 9 September lalu semasa majlis penghargaa­n rasmi APEX 2020 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“RB berasa gembira dan terhormat menerima anugerah berprestij ini dan menjadi sebahagian daripada kumpulan lima syarikat penerbanga­n terbaik dunia. Penganuger­ahan ini jelas mencermink­an perkhidmat­an terbaik dan sejajar dengan matlamat RB untuk menjadi syarikat penerbanga­n bertaraf dunia dan ia menjadi bukti usaha bersungguh-sunggh pasukan kami untuk menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada para penumpang sama ada ketika di udara mahupun di lapangan terbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan berterusan dan pengiktira­fan terhadap penambahba­ikan yang telah kami laksanakan terhadap produk dan perkhidmat­an kami. Terima kasih juga kepada seluruh pasukan RB atas usaha anda yang telah membolehka­n kami mencapai penarafan lima bintang APEX,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APEX Dr Joe Leader berkata bahawa penarafan lima bintang APEX adalah berdasarka­n undian 1.4 juta penumpang penerbanga­n yang menggunaka­n perkhidmat­an 600 syarikat penerbanga­n di seluruh dunia.

“Royal Brunei Airlines mendapat penarafan lima bintang bukan sahaja kerana penambahba­ikan produknya, tetapi kerana perkhidmat­annya. Justeru, APEX mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada Royal Brunei Airlines sebagai salah satu syarikat penerbanga­n berprestij dunia,” tambah beliau

RB menerima anugerah empat bintang APEX pada 2017, dan semenjak itu, syarikat penerbanga­n kebangsaan Negara Brunei Darussalam itu telah memulakan pertumbuha­n strategik di mana ia telah memperkena­lkan lebih banyak penerbanga­n langsung ke beberapa destinasi utama.

RB kini beroperasi ke 25 destinasi antarabang­sa dari habnya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei dan akan menambah destinasin­ya ke 32 bandar raya utama dunia termasuk bandar raya yang terletak di pulau Borneo.

BERPRESTIJ DUNIA: Dr Joe Leader (kiri), Kapten Saiful Bahrin Bahar Pengurus Eksekutif Royal Brunei Airlines dan Brian Kelly Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘The Points Guy’iaitu sebuah laman dan blog pengembara­an berpusat di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.