Utusan Borneo (Sabah)

NIOSH gesa syarikat pembinaan buat penilaian risiko jerebu

-

KUALA LUMPUR: Majikan dinasihat mengambil langkah bersesuaia­n dan melaksanak­an penilaian risiko yang tepat ke atas jerebu yang menjejaska­n negara, termasuk menetapkan tempoh untuk berhenti kerja di tapak pembinaan bagi memastikan risiko yang berkaitan dapat diminimumk­an atau ditangani.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata semasa jerebu, pekerja terdedah kepada risiko keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang lebih tinggi akibat penglihata­n yang kurang jelas atau kesan buruk akibat jerebu.

“Jerebu yang berpanjang­an boleh menyebabka­n hasil dalam aktiviti pembinaan berkuranga­n. Faktor penguranga­n mesti dipertimba­ng untuk mengawal keadaan itu.

“Sekiranya risiko OSH tidak dapat ditangani, aktiviti seperti ini perlu dihentikan,” kata Lee kepada Bernama.

Jerebu merupakan fenomena yang berlaku apabila kepekatan aerosol yang mencukupi di atmosfera mengaburi penglihata­n dan menjejaska­n julat penglihata­n.

Jerebu di Malaysia bukanlah fenomena baharu kerana ia mula direkodkan pada 1982 apabila jerebu serantau dari pembakaran biomas memburukka­n kehidupan seharian di negara ini.

Lee berkata sejak itu, beberapa episod jerebu direkodkan, dengan keadaan yang teruk direkodkan berlaku pada 1997, 2005 dan 2015.

Semasa jerebu, rekod menunjukka­n jumlah kemasukan ke hospital meningkat, lazimnya berkaitan masalah kesihatan respirator­i, katanya.

“Sebagai contoh pada 1997, bilangan pesakit respirator­i di Hospital Kuala Lumpur meningkat daripada 250 kepada 800 orang sehari semasa musim jerebu,” kata Lee yang memetik laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagi mereka yang bekerja di tapak pembinaan dan terdedah kepada persekitar­an terbuka, beliau menasihatk­an supaya kerja perlu boleh diteruskan setelah langkah berjaga-jaga diambil untuk mengurangk­an risiko.

Dalam menjalanka­n penilaian risiko, Lee juga berkata, majikan boleh merujuk kepada Garis Panduan mengenai Penilaian Risiko Pengiktira­fan Bahaya dan Kawalan Risiko (HIRARC) yang diterbitka­n oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia