Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa MoU dijangka dimeterai pada pameran perindustr­ian pintar China: PUCM

-

Pameran Perindustr­ian Pintar China bakal menyaksika­n beberapa memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara syarikat teknologi China dan kerajaan-kerajaan negeri serta syarikat tempatan.

Dianjurkan oleh Persatuan Usahawan China Malaysia (PUCM), pameran di Mid Valley Megamall itu berlangsun­g pada 14 dan 15 Dis depan.

Presiden PUCM Datuk Keith Li berkata kerajaan negeri, khususnya Perlis dan Kedah, telah menyatakan minat terhadap teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan produk teknologi pintar dari republik itu.

“Mereka menunjukka­n minat yang besar untuk membawa teknologi pintar China itu ke negeri masingmasi­ng,” katanya kepada Bernama selepas mengunjung­i Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang di sini semalam.

Enam sesi padanan perniagaan antara firma teknologi China dan syarikat tempatan juga akan berlangsun­g dalam tempoh dua hari acara itu, katanya, dan menambah bahawa badan dan agensi kerajaan Malaysia mengalualu­kan produk teknologi tinggi dan pintar, termasuk dari China.

“Ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mathathir Mohamad semasa melawat China (pada April tahun ini), beliau mengunjung­i ibu pejabat teknologi China, Huawei Technologi­es Co Ltd, dan pejabat perintis AI SenseTime Group Ltd.

“Pengasas SenseTime Professor Xiao’ou Tang juga dilantik sebagai ahli lembaga Khazanah Nasional Bhd, orang asing pertama yang dilantik dalam dana kekayaan negara itu,” katanya.

Justeru, bagi mempromosi AI dan teknologi pintar dari China, Li berkata acara dua hari itu akan membolehka­n kerajaan Malaysia, penggiat dalam perdaganga­n industri pintar dan orang ramai ntuk mendapatka­n lebih banyak pengetahua­n tentang teknologi, produk dan perkhidmat­an pintar China.

“Acara ini juga akan menggalakk­an interaksi yang lebih baik antara pemain industri China dan masyarakat setempat, memperkena­l produk dan teknologi China yang lebih maju ke Malaysia untuk membantu pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Pameran itu akan menampilka­n syarikat-syarikat teknologi informasi dan komunikasi (ICT) China seperti pengilang robot Ubtech Robotics, China Mobile Internatio­nal Ltd, China Telecom Corporatio­n Ltd dan Vivo Communicat­ion Technology Co Ltd.

“Pada masa ini, kira-kira 40 syarikat terlibat dengan kami, dengan 70 peratus terdiri daripada firma China manakala selebihnya syarikat tempatan,” katanya. Terdapat kira-kira 70 gerai di pameran itu.

Pameran itu juga turut mendapat sokongan daripada pelbagai badan dan agensi kerajaan seperti Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Persatuan Perniagaan dan Pengusaha Industri Malaysia (PERDASAMA), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Persatuan PKS Malaysia (PKS), Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia