Artbox Malaysia 2019 sedia lebih 300 gerai pameran

Utusan Borneo (Sabah) - - Ekonomi -

Artbox Malaysia 2019 kembali lagi ke Malaysia dan akan menyediaka­n lebih 300 gerai pameran bermula esok hingga Ahad.

Acara itu yang dianjurkan syarikat pengurusan acara, Invade, diiktiraf di peringkat antarabang­sa kerana pemilihan unik usahawan tempatan dan peruncit kreatif serta diadakan dalam kontena perkapalan logam.

Tahun lepas ia menarik lebih 350,000 pengunjung.

Acara itu merupakan edisi kedua Malaysia dengan tema ‘Artbox Malaysia: Assemble.’

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Invade Industry Singapore Kent Teo berkata, acara itu akan membawakan pelbagai idea menarik bagi masyarakat Malaysia.

“Kami berharap untuk dapat melihat penggemar makanan sekali lagi mengalami detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara itu yang turut disertai ‘foodpanda’ adalah bertujuan menyediaka­n platform bagi insan kreatif dan artis tempatan untuk mempamerka­n bakat mereka di samping memberi peluang kepada pengunjung merasai makanan lazat, menyertai permainan dan aktiviti interaktif lain.

Artbox Malaysia 2019 yang diadakan di ruang Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway City itu akan bermula jam 3 petang hingga 11 malam dan masuk adalah percuma. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.