Utusan Borneo (Sabah)

Israel bom Gaza selepas roket sasar rali pilihan raya Netanyahu

-

BAITULMUQA­DDIS:

Israel mengebom beberapa kedudukan Hamas di Gaza semalaman dalam serangan balas bagi serangan roket di seberang sempadan, yang telah menangguhk­an satu rali pilihan raya oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, kata pihak tentera semalam.

Netanyahu telah dibawa turun dari pentas ketika amaran siren bagi kemunculan roket berbunyi dengan kuat di bandar selatan Ashdod kelmarin, lapor televisyen awam.

Ia muncul hanya beberapa jam selepas perdana menteri itu berjanji akan menggabung­kan Lembah Jordan di Tebingan Barat yang ditawan sekiranya beliau dilantik semula.

“Beberapa jet pejuang Israel menyerang 15 sasaran Hamas di bahagian utara dan tengah Semenanjun­g Gaza, termasuk sebuah kilang senjata, sebuah terowong serangan dan sasaran tentera laut,” kata pihak tentera.

Ia berkata ia akan “terus untuk menyatakan Hamas bertanggun­gjawab bagi segalanya yang muncul dari Semenanjun­g Gaza, tanpa mengira siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan.”

Pihak Islam Hamas telah menjadi pemerintah de facto di Gaza sejak mereka mengguling­kan pasukan tentera yang setia kepada presiden Mahmud Abbas dalam pertempura­n sengit 2007.

Kedua-dua roket yang dilepaskan dari Gaza telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara ‘Kubah Besi’ di Israel.

Video yang dihantar di WhatsApp oleh parti sayap kanan Likud pimpinan Netanyahu menunjukka­n beliau kembali semula ke atas pentas selepas keadaan kembali tenang dan menyatakan bahawa Hamas berasa takut bahawa beliau akan memenangi pilihan raya umum pada Selasa depan.

“Sekiranya ia menyerang kami secara langsung di TV, kamu harus faham bahawa ia tidak inginkan kami di sini,” beliau memberitah­u orang ramai.

Hamas dan Israel telah berperang dalam tiga peperangan sejak 2008. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BEBOLA API: Api dan asap dilihat semasa serangan udara oleh Israel di tengah Semenanjun­g Gaza semalam.
— Gambar Reuters BEBOLA API: Api dan asap dilihat semasa serangan udara oleh Israel di tengah Semenanjun­g Gaza semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia