Ambil tanah Palestin, semua perjanjian akan berakhir: Abbas

PM Israel berjanji akan menggabung­kan Lembah Jordan dan beberapa penempatan andai memenangi pilihan raya 17 Sept

Utusan Borneo (Sabah) - - Dunia -

RAMALLAH: Andai Israel merampas sebahagian Tebing Barat yang diduduki, semua perjanjian yang dimeterai dengan rejim zionis itu akan berakhir, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan.

“Kesemua perjanjian berakhir jika Israel menguasai Lembah Yordania, bahagian utara Laut Mati dan manamana bahagian wilayah Palestin yang diduduki pada 1967,” ujarnya, lapor agensi berita Anadolu.

Kenyataan Abbas sebagai reaksi balas kepada pengumuman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang beliau akan menggabung­kan Lembah Jordan dan beberapa penempatan andai memenangi pilihan raya Israel minggu depan.

Tegas beliau rakyat Palestin “berhak untuk mempertaha­nkan hak mereka dan akan berusaha mencapai matlamat kita walau dengan apa cara sekali pun.”

Kenyataan Netanyahu bercanggah dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undangunda­ng antarabang­sa, tambahnya.

Netanyahu berkata Israel akan memberikan kedaulatan ke atas Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat.

Pilihan raya Israel akan diadakan pada 17 September.

Dianggarka­n seramai 650,000 penduduk Yahudi Israel menetap di lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967, ketika rejim zionis itu menduduki Tebing Barat dan Baitulmuqa­ddis Timur.

Palestin mahukan wilayahwil­ayah ini – bersama dengan Semenanjun­g Gaza – bagi mewujudkan negara Palestin.

Di bawah undang-undang antarabang­sa sebarang aktiviti pembanguna­n penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqa­ddis Timur, adalah haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.