TEPCO Jepun bergelut pulihkan bekalan elektrik selepas Taufan Faxai melanda

Utusan Borneo (Sabah) - - Dunia -

TOKYO: Syarikat utiliti Jepun, Tokyo Electric Power, sedang berusaha untuk mengembali­kan bekalan elektrik yang tergendala akibat Taufan Faxai kepada hampir setengah juta kediaman, sementara sekurang-kurangnya dua orang telah meninggal dunia disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik itu, lapor media semalam.

Taufan Faxai telah melanda ibu negara dan wilayah sekitar dengan angin yang sangat kuat selaju 216 kilometer sejam (134 batu sejam) pada awal pagi Isnin lepas, menyebabka­n sekurangku­rangnya satu kematian, kerosakan, kekecohan pengangkut­an dan gangguan bekalan elektrik.

Tokyo Electric Power, pembekal kuasa elektrik paling besar di Jepun, selalunya dirujuk sebagai TEPCO, mungkin tidak mampu untuk mengembali­kan bekalan elektrik kepada semua kediaman semalam, lapor Kyodo News, memetik pihak syarikat.

Pihak penyiaran negara NHK melaporkan dua orang di wilayah Chiba di timur Tokyo meninggal dunia akibat strok haba disebabkan kekurangan bekalan elektrik untuk alat pendingin hawa, ketika suhu meningkat dengan mendadak selepas serangan taufan.

“Hasil kerja pemasangan semula, jumlah kediaman tanpa bekalan elektrik menjadi sekitar 456,100 menjelang jam 10 pagi waktu tempatan,” kata TEPCO di Twitter.

“Kami akan terus melakukan segala usaha bagi mengembali­kan bekalan elektrik secepat yang mungkin.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.