Utusan Borneo (Sabah)

Tony Engkabi kembali dengan album baharu ‘Buta Atiku’

- Oleh Watt Zacchaeus

SELEPAS empat tahun menyepi dalam industri muzik Dayak, akhirnya Tony Engkabi muncul dengan album solo ketiganya berjudul ‘Buta Atiku’. Album ini diterbitka­n oleh LUH Production Sdn Bhd yang berpengkal­an di Sibu dan sudah berada di pasaran sejak beberapa minggu lepas. Justeru, satu majlis pelancaran album tersebut telah diadakan oleh Tony bersama para peminatnya yang diadakan bertempat D’Cottage Grill & Bar 2.0, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Sibu pada malam Sabtu lepas. Majlis itu disempurna­kan oleh Penghulu Thomas Jawa sambil disaksikan oleh Tony serta rakan-rakan artis lain. Antara rakan-rakan artis yang hadir adalah Amis U, Mark Bennet, Walter Intau, Watt Rock, Samuel Joe dan ramai lagi. Kehadiran Romie Bungai Terung sebagai pengacara majlis turut memeriahka­n majlis pelancaran itu di samping kehadiran penyampai SibuFM Bahagian Iban, Deejay Nana. Menurut Tony ketika ditemui selepas majlis tersebut, album ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan bagi membolehka­n hasil yang terbaik. Apa yang menarik dalam album ini, jelasnya, ia memuatkan satu lagu berentak genre joget yang belum pernah dihasilkan­nya. “Satu kelainan telah tercipta di dalam album baharu saya ini. Genre lain seperti balada, slow rock dan pop masih dikekalkan seperti album sebelumnya,” jelasnya lagi. Menurutnya, lagu taruhan dalam album ini ialah ‘Buta Atiku’ yang dicipta oleh Sulu Sarawak iaitu satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air sementara liriknya ditulis beliau sendiri. Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album baharu ini ialah ‘Ambis Sain Mati’, ‘Majak Besebun’, ‘Sulu Pemudi’, ‘Lenyau Dalam Pengerindu’, Pengerindu Alu Penguji’, ‘Tangkai Bungai Beduri’, ‘Buai Ati Begedi’, ‘Sada Dalam Ati’ dan ‘Joget Enda Ulih Dikesayau’. Antara komposerko­mposer yang terlibat dalam pembikinan album baharu ini ialah Sulu Sarawak, Desmond Driee, Samuel Bayang, Walter Intau, Nicholas Beliang Engkabi, Quench Sally dan beliau sendiri. Penggambar­an klip video albumnya ini dijalankan di beberapa lokasi menarik di Sarawak. Tony yang berasal dari Rumah Asol, Tabau, Krian di Saratok berharap album ini akan dapat mengubati rindu peminatnya yang sekian lama menunggu penampilan album baharunya itu. Sehubungan itu, beliau berharap, para peminat dapat membeli album yang tulen dan menolak gejala cetak rompak bagi tanda sokongan terhadap industri muzik Dayak. Untuk rekod, Tony pernah mengeluark­an album solo berjudul ‘Selamat Malam’ pada tahun 2013 diikuti ‘Seminit Aja’ (2015) selain pernah muncul dalam albumalbum kompilasi yang lain.

 ??  ?? DAPATKAN SEKARANG: Tony menunjukka­n album baharunya.
DAPATKAN SEKARANG: Tony menunjukka­n album baharunya.
 ??  ?? LANCAR: Thomas (dua kiri) ketika melakukan pelancaran album baharu Tony (empat kanan) berjudul ‘Buta Atiku’ yang diadakan di Sibu baru-baru ini.
LANCAR: Thomas (dua kiri) ketika melakukan pelancaran album baharu Tony (empat kanan) berjudul ‘Buta Atiku’ yang diadakan di Sibu baru-baru ini.
 ??  ?? TERBAHARU: Tony memberikan pose istimewany­a selepas pelancaran album baharunya baru-baru ini.
TERBAHARU: Tony memberikan pose istimewany­a selepas pelancaran album baharunya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia