Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia dipercayai didera pengasuh

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

MELAKA: Seorang kanakkanak perempuan meninggal dunia dipercayai didera pengasuhny­a di sebuah rumah di Kandang di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata kanak-kanak itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh dan suaminya ke Hospital Melaka kira-kira jam 2 pagi kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kanak-kanak itu telah diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan sebaik tiba di unit kecemasan hospital itu namun mangsa tidak dapat diselamatk­an.

“Kanak-kanak itu dijaga pengasuh berkenaan sejak akhir Julai lepas dan siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam serta parut di kepala dan paha mangsa dipercayai didera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pengasuh berusia 36 tahun dan suaminya, 45, ditahan untuk membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.