KKMM pandang serius wartawan terima ugutan bunuh: Eddin

Ekoran pendedahan berita yang dibuatnya beberapa hari lepas

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA PILAH: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memandang serius laporan mengenai seorang wartawan Berita Harian (BH) yang menerima ugutan bunuh ekoran pendedahan berita yang dibuatnya beberapa hari lepas.

Timbalan Menteri berkenaan, Eddin Syazlee Shith berkata, pihaknya begitu terkesan mengenai laporan itu selain menegaskan kementeria­nnya sangat mengambil berat perkara yang membabitka­n pengamal media di negara ini terutama soal kebajikan.

“Bagi Kementeria­n sudah tentu perkara itu (ugutan) sesuatu yang amat serius kerana ia melibatkan keselamata­n dan kami yakin polis sedang melakukan siasatan secara terperinci mengenainy­a.

“Kami (kementeria­n) sentiasa memberikan kerjasama kepada polis terutamany­a dalam membantu mengesan pemilik akaun (email) itu agar siasatan mengenainy­a segera diselesaik­an,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Projek Baiti Jannati Negeri Sembilan 2019 di sini hari ini.

Baru-baru ini, pihak pengurusan BH mengesahka­n seorang daripada wartawanny­a menerima ugutan bunuh, susulan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar terbabit.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee turut meminta semua pengamal media melaporkan perkara seumpama itu pada kementeria­nnya agar tindakan segera dapat dilakukan bersama pihak berkuasa.

Katanya, kerajaan dalam pertimbang­an untuk mewujudkan Majlis Media Kebangsaan yang bertujuan memberi kebebasan kepada media dalam menyalurka­n sesuatu maklumat.

“Kami mahu amalan kebebasan media itu benar-benar terlaksana di negara kita. Tetapi dalam kebebasan itu pengamal media mempunyai etika yang baik, tahu tanggungja­wab dan sempadan yang diberikan dalam mengamalka­n kerja yang dilakukan.

“Bagaimanap­un, kementeria­n juga akan memberikan jaminan agar mereka tidak berasa terancam dalam melaksanak­an tanggungja­wab dan menggunaka­n kebebasan media sebaiknya di negara ini,” katanya. — Bernama

Bagi kementeria­n sudah tentu perkara itu (ugutan) sesuatu yang amat serius kerana ia melibatkan keselamata­n dan kami yakin polis sedang melakukan siasatan secara terperinci mengenainy­a. Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri KKMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.