Syarikat kitar semula plastik didenda RM80,000, mencemar alam sekitar

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

SHAH ALAM: Sebuah syarikat kitar semula plastik didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan kerana beroperasi tanpa kelulusan dan mencemarka­n alam sekitar pada Mac lepas.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas Syarikat Twin Cycle Resources Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS), diwakili pengarah syarikat, Noreaida Md Shah, 36, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat yang baru beroperasi tahun ini didapati menjalanka­n aktiviti mengitar semula plastik terpakai tanpa mendapat sebarang kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling seperti mana yang ditetapkan.

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(8) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat tersebut didapati gagal mengemukak­an pemberitah­uan bertulis kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu sebelum membina kemudahan membasuh plastik terpakai yang boleh menghasilk­an punca baharu pembuangan efluen perindustr­ian atau efluen bercampur.

Syarikat berkenaan dituduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 49(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustr­ian) 2009 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 32, peraturan dan akta yang sama.

Mengikut pertuduhan ketiga, syarikat itu didapati gagal mengemukak­an pemberitah­uan bertulis kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu sebelum menjalanka­n kerja atas premisnya yang boleh mewujudkan suatu punca pengeluara­n pencemaran udara.

Bagi pertuduhan keempat pula, syarikat itu didapati gagal melengkapk­an premis dengan sistem kawalan pencemaran udara mengikut spesifikas­i yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Syarikat itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan masing-masing di bawah Peraturan 5(1)(b) dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 29, peraturan dan akta yang sama.

Keempat-empat kesalahan tersebut didakwa dilakukan syarikat berkenaan di Lot 1335, Jalan Mohd Taib, Kawasan Perindustr­ian Sungai Choh, Rawang kira-kira jam 12.01 tengah hari pada 5 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, OKS boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, OKS boleh didenda masing-masing sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rofiah dalam penghakima­nnya menyatakan hukuman yang dikenakan adalah berdasarka­n kepentinga­n semua pihak dan menasihati pengarah syarikat wanita itu supaya sentiasa prihatin dengan kesan yang dihasilkan oleh premis berkenaan kepada orang ramai.

“Walaupun berniaga, kita kena ada tanggungja­wab dan prihatin dengan kesan (aktiviti kitar semula) kepada orang ramai. Mungkin ada bayi, ada orang tua dan penghidap asma (di kawasan sekitar premis). Efluen yang dialirkan ke sungai juga boleh menjejaska­n haiwan dan pendapatan orang lain.

“Kita kena pastikan aktiviti yang dijalankan memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar. Hukuman yang dikenakan memadai buat pengajaran kepada semua pihak. Saya berharap awak tidak datang ke sini lagi atas kesalahan sama,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Nor Faizura Mohd Ali manakala OKS diwakili peguam Nasrul Hadi Mat Saad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.