Hasrat bercuti di London tidak kesampaian

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUANTAN: Hasrat pemilik bengkel membawa keluargany­a bercuti ke London tidak kesampaian, selepas ditipu dalam pembelian tiket penerbanga­n yang dibuat menerusi ejen sebuah syarikat pelanconga­n.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa, telah menjelaska­n RM11,530 bagi tempahan tiket perjalanan dua hala untuk lima orang pada awal Jun lalu.

Mangsa mendakwa mereka dijadualka­n berlepas ke London dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Oktober dan kembali ke tanah air pada 23 Oktober ini.

“Suspek dikatakan telah menghantar gambar salinan tempahan tiket sebagai bukti kepada mangsa, selepas menerima semua pembayaran yang dibuat menerusi tiga transaksi dalam talian.

“Bagaimanap­un, mangsa berasa sangsi apabila mendapati tempahan tiket atas nama mereka, tidak wujud selepas membuat semakan di laman web syarikat penerbanga­n itu semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata suspek, apabila dihubungi mangsa telah memberi pelbagai alasan menyebabka­n mangsa tidak berpuas hati dan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.