Restoran terkenal di Klang diroboh

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KLANG: Sebuah restoran terkenal, Berkeley Corner di Taman Berkeley di sini, dirobohkan pihak berkuasa dalam satu operasi malam kelmarin.

Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang dalam satu kenyataan di sini semalam berkata kerja perobohan itu dijalankan, kerana restoran berkenaan didirikan atas tanah kerajaan.

“Kerja meroboh dilakukan dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Klang (MPK), anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Bomba, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.

“Tindakan diambil selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 19 Julai lepas, yang memutuskan pihak plaintif perlu merobohkan struktur bangunan di atas tapak berkenaan dalam tempoh satu bulan dan jika gagal pihak plaintif perlu menanggung kos perobohan berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.