Bekas Menteri Pengajian Tinggi Tan Sri Shafie meninggal dunia

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengajian Tinggi Tan Sri Shafie Mohd Salleh, 73, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi semalam.

Menurut Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Ahmad Sabri Saad, Allahyarha­m yang juga merupakan Ketua Pengakap Negara meninggal dunia pada jam 9.30 pagi semalam akibat komplikasi dalam perut.

“Jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi Sepang selepas Zuhur ini seterusnya dikebumika­n di tanah perkuburan berhampira­n,” katanya kepada Bernama.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri Puan Sri Prof Emeritus Dr. Mizan Adilah Ibrahim dan tiga anak.

Selain pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Allahyarha­m juga pernah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidik­an, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama lima tahun dan kemudianny­a dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Kementeria­n Sumber Manusia dan juga Setiausaha Penyelidik­an di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembanguna­n Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.