Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai disaran pakai topeng muka yang sesuai semasa jerebu

-

SHAH ALAM: Orang ramai terutamany­a kanak-kanak, warga emas dan individu bermasalah pernafasan disaran menggunaka­n topeng muka yang sesuai, sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengurangk­an kesan kepada kesihatan susulan negara dilanda jerebu kini.

Saranan itu dinyatakan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim, yang memaklumka­n terdapat dua jenis topeng muka dijual di pasaran iaitu jenis topeng muka pembedahan atau ‘surgical mask’ dan topeng muka N95.

“Dalam situasi jerebu sekarang ini, partikel saiz jerebu adalah 2.5 mikron dan topeng yang sesuai untuk digunakan adalah jenis surgical mask.

“Selain memakai topeng muka ketika berada di luar rumah, orang ramai juga dinasihatk­an minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar, dan mengurangk­an aktiviti fizikal di luar rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Tinjauan Bernama di beberapa farmasi yang menjual topeng muka di sekitar bandar raya Shah Alam mendapati barangan berkenaan laris dijual sejak beberapa hari lepas.

Rata-rata farmasi yang dikunjungi mempamerka­n topeng muka di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan, antaranya di kaunter pembayaran dan disusun berhampira­n dengan pintu masuk premis.

Pemerhatia­n Bernama juga mendapati topeng muka jenis ‘surgical mask’ dijual pada harga antara RM3.80 hingga RM4 bagi 10 unit topeng muka.

Sementara itu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah ketika musim jerebu ini.

Pengarahny­a, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata mana-mana peniaga yang didapati melakukan perbuatan berkenaan, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan pada harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal iaitu topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga); topeng muka (pembedahan/perubatan) dua lapisan (gelung telinga); topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala); dan topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala).

“KPDNHEP Selangor juga mengingatk­an peniaga bahawa topeng muka (pembedahan/perubatan) N95 harus dijual pada harga runcit iaitu RM6 seunit,” katanya.

Tambah Muhamad Zikril Azan, kelima-lima jenis topeng muka yang dikawal harganya secara perundanga­n ini tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Sebarang perlanggar­an peruntukan di bawah akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undangunda­ng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia