Lapangan terbang ditutup apabila jarak penglihata­n mendatar di bawah 400 meter

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi penglihata­n yang rendah di lapangan terbang akan dikuatkuas­akan hanya apabila penglihata­n mendatar jatuh di bawah 400 meter akibat jerebu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sehingga jam 2 petang jarak penglihata­n yang direkodkan ialah 2,000 meter.

“Jarak penglihata­n ini dicatatkan oleh peralatan meteorolog­i yang diletakkan pada setiap hujung landasan, yang mengukur penglihata­n mendatar, yang diistilahk­an dalam dunia penerbanga­n sebagai Jarak Visual Landasan (RVR).

“Pihak berkuasa lapangan terbang boleh memutuskan untuk menangguhk­an operasinya di atas nasihat Kawalan Lalu Lintas Udara (jika penglihata­n mendatar di bawah 400 meter),” kata jurucakap pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.

Pada Oktober 2015, Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi ditutup sementara selama tiga jam akibat jerebu yang mengakibat­kan jarak penglihata­n rendah hanya 500 meter, menyebabka­n beratus-ratus penumpang terkandas di terminal.

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penerbanga­n Awam) berkata lapangan terbang di Malaysia dilengkapi dengan sistem yang lebih moden dan canggih seperti Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan Sistem Radar Pergerakan Permukaan (SMR) yang dapat memudahkan pendaratan pesawat dalam jerebu.

Pada 2018, pergerakan penumpang Malaysia meningkat 2.5 peratus kepada 99 juta penumpang (2017: 8.5 peratus), dengan pergerakan domestik dan antarabang­sa masing-masing meningkat 0.4 peratus dan 4.5 peratus.

Sementara itu, penumpang Lapangan Terbang Antarabang­sa Istanbul Sabiha Gokcen (Istanbul SGIA) naik 8.8 peratus kepada 34.1 juta, meningkatk­an jumlah penumpang yang dikendalik­an oleh lapangan terbang MAHB ke 133.1 juta pada tahun 2018 yang tertinggi pernah dicatatkan.

Bagi enam bulan pertama tahun ini, rangkaian lapangan terbang MAHB, termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) di Turki, mengendali­kan 67.8 juta penumpang, pertumbuha­n 4.3 peratus tahun ke tahun. — Bernama

— Gambar Bernama

AIR MAWAR: Mizan menyiram air mawar ke pusara suaminya selepas selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ginching, Sepang, semalam.

— Gambar Bernama

JEREBU: Pemandanga­n di kawasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur kabur berikutan keadaan jerebu di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.