Utusan Borneo (Sabah)

Seluruh Malaysia dilarang lakukan pembakaran terbuka

Susulan situasi jerebu melanda negara sejak 5 September sehingga kini

-

PUTRAJAYA: Seluruh Malaysia diisytihar­kan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/ barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring) berkuat kuasa sertamerta sehingga Monsun Barat Daya berakhir.

Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling Norlin Jaafar mengeluark­an larangan itu susulan situasi jerebu yang melanda negara sejak 5 Sept sehingga kini.

Larangan tersebut adalah di bawah kuasa yang diperuntuk­kan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29AA (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Norlin berkata mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, katanya.

Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, katanya.

Orang ramai boleh menghubung­i Jabatan Alam Sekitar di talian 0388891972 atau 1-800-882727 dan JBPM di talian 999 bagi melaporkan aktiviti pembakaran terbuka. — Bernama

Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. Norlin Jaafar Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia