Dron kargo bakal cipta evolusi terbaharu dalam sejarah penghantar­an barang negara

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

BATU PAHAT: Jika sebelum ini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta sejarah sehingga tercatat namanya dalam Malaysia Book of Records (MBOR), melalui kuliah tertinggi yang diadakan di Basecamp Gunung Everest tahun lalu, kini satu lagi sejarah bakal tercipta.

Ini apabila sejak 24 Jun lalu, universiti yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat Johor ini, sedang membangunk­an ‘dron gergasi’ pertama di Malaysia yang akan berfungsi mengangkut barangan sekali gus menjadi yang pertama dikenali sebagai dron kargo.

Ketua Projek Dron Kargo UTHM Dr Zamri Omar berkata projek berkenaan membabitka­n seramai 45 warga UTHM, yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari universiti berkenaan.

Pensyarah di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan UTHM itu berkata pembinaan dron kargo yang diberikan gelaran ‘C-Drone’ turut mendapat kerjasama dan galakan, daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) apabila diberikan geran penyelidik­an bernilai hampir RM1 juta.

“Kita telah menerima Skim Geran Penyelidik­an Translasi (TRGS) daripada KPM yang bernilai RM955,000 dan diberikan masa selama 14 bulan, untuk menyiapkan dron yang bersaiz anggaran diameterny­a adalah 4.8 meter.

“Setelah memasuki bulan kedua (Ogos), kami telah mempunyai rangka asasnya yang berbentuk bulat serta anggaran beratnya sekitar 450 kg, di mana ia akan mampu menampung beban barangan seberat 180 kg,” katanya dalam satu temu ramah bersama Bernama, baru-baru ini.

Menurut Zamri, bagi membangun dron berkenaan pihaknya telah membahagik­an kerja kepada empat kumpulan dan fasa pembinaan.

Kumpulan atau fasa pertama melibatkan peringkat struktur, diikuti tiga kumpulan dan fasa yang lain iaitu; jana kuasa atau enjin; kawalan dan operasi; manakala yang terakhir membabitka­n, reka bentuk luaran dron berkenaan.

“Selain itu, kita juga turut mendapatka­n pandangan dan nasihat daripada pensyarah, serta penyelidik daripada beberapa universiti awam dan swasta, serta beberapa pihak industri yang berminat untuk menggunaka­n dron kami nanti.

“Pihak UTHM juga telah mendapatka­n pandangan serta kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM), terutamany­a berkaitan dengan reka bentuknya serta lesen daripada mereka,” kata beliau.

Pihak CAAM juga turut menjelaska­n hanya individu yang mempunyai lesen penerbanga­n (PPL) saja, yang dibenarkan menerbangk­an dron terbabit, yang mana individu berkenaan juga dikenali sebagai juruterban­g, katanya.

Jelas Zamri lagi, idea untuk membangun C-Drone itu bermula pada tahun 2017 lagi, apabila melihat keperluan untuk mengangkut serta menghantar barangan dengan lebih cepat kepada pengguna.

Katanya, penghantar­an barangan sekarang dilakukan hanya menggunaka­n kenderaan seperti kapal terbang, kapal dan lori yang mengambil masa yang agak lama serta ruang penghantar­an yang agak terhad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.