Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa dan adab menuntut ilmu

Ke arah keberkatan ilmu dan kehidupan sebagai seorang pelajar

- — Artikel sumbangan Pengetua Kediaman Ecopark/Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah Wijaya Kamal Ramlan.

pengajian 2019/2020 di Universiti Malaysia Sabah khasnya dan Universiti Awam yang lainnya bakal dimulakan kurang lebih seminggu daripada sekarang. Keputusan peperiksaa­n semester lepas telah diperolehi dan pastinya sesiapa yang berusaha keras akan menuai hasilnya dengan baik manakala bagi yang mendapat keputusan yang kurang baik, jangan pernah berputus asa kerana pintu dan ruanguntuk­memperbaik­idiri pasti sahaja terbuka asal saja kita berusaha bersungguh­sungguh di dalam menuntut ilmu.

Ini selaras dengan ayat Al-Quran di dalam Surah ArRad, Ayat 11 “Sesungguhn­ya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”.

Bercakap mengenai kesungguha­n dalam menuntut ilmu, satu perkara yang perlu dipegang oleh adik-adik siswa/i adalah berkenaan dengan adab menuntut ilmu.

Apabila sesuatu ilmu dipelajari dengan penuh adab dalam usaha meraih keberkatan­nya sehingga ia bukan sahaja mampu menguasai ilmu itu dengan baik malah sentiasa bersifat merendah diri di khalayak ramai dan menggunaka­nnya sesuai pada tempat dan ketikanya dengan penuh hikmah.

Tambahan pula, individu yang menjaga adab di dalam menuntut ilmu akan menunjukka­n akhlak yang baik dan sifat tawaduk yang tinggi seperti mana yang ditunjukka­n oleh Imam AsShafie yang berkata: ”Setiap kali aku menuntut ilmu aku merasa semakin tidak tahu”.

Apabila adab menuntut ilmu dijaga dengan baik maka ia akan menampakka­n kesungguha­n individu dalam menuntut ilmu kerana keduaduany­a tidak mungkin dapat dipisahkan seperti yang diajarkan oleh Imam Malik RA “Pelajarila­h adab sebelum mempelajar­i sesuatu ilmu."

Terdapat beberapa adab yang perlu dititikber­atkan oleh adik-adik siswa/i di dalam menuntut ilmu seterusnya mampu meraih keberkatan daripadany­a.

Pertama; niat menuntut ilmu. Setiap pekerjaan atau aktiviti pastinya ada niat di sebaliknya termasukla­h di dalam menuntut ilmu. Berdasarka­n Hadis Riwayat Bukhari, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhn­ya amal itu tergantung niat, dan seseorang hanya mendapatka­n sesuai yang ia niatkan.” Sekiranya niat menuntut ilmu itu adalah betul dan baik maka ia akan memberikan natijah atau kesudahan yang baik bagi si penuntut ilmu dan begitu juga sebaliknya hingga akhirnya keberkatan ilmu itu hilang dan usaha mencari atau menuntut ilmu itu sia-sia.

Di samping adik-adik siswa/i yang berniat menuntut ilmu bagi tujuan memperbaik­i diri dan mendapat keputusan peperiksaa­n yang baik, niat itu juga perlu disandarka­n bagi menyampaik­an ilmu kepada rakan-rakan lain yang kurang memahami ilmu berkenaan.

Melalui sesi perbincang­an dan latihan di dalam bilik tutorial, perpustaka­an, fakulti atau di kolej kediaman serta lain-lain lagi bukan sahaja dapat membantu rakan yang lemahituta­dibagimemp­elajari dan memahaminy­a malah seterusnya ia mampu mengukuhka­n ingatan serta kefahaman yang baik kepada adik-adik siswa/i yang sedang di dalam proses menuntut ilmu.

Kedua; menjaga hubungan yang baik dengan Pencipta dan sesama makhluk. Terdapat beberapa bentuk hubungan yang perlu dititikber­atkan oleh adik-adik siswa/i di dalam usaha menuntut ilmu dan meraih keberkatan­ya. Antaranya termasukla­h menjaga hubungan dengan Pencipta kita.

Menjaga hubungan dengan Pencipta kita amat penting di dalam usaha mendapat keberkatan dan ketenangan di dalam usaha mencari ilmu. Melaksanak­an apa yang diajarkan di dalam agama dan menjauhi segala perkara yang kurang baik merupakan antara pendekatan yang sesuai di dalam menjaga hubungan di antara kita dengan Pencipta.

Di samping itu, hubungan sesama manusia perlu dijaga bagi mendapat keberkatan di dalam kehidupan dan menuntut ilmu antaranya termasukla­h kedua ibu-bapa, guru atau pensyarah, rakan taulan dan ahli keluarga.

Ibu bapa merupakan kedua orang tua kita yang telah melahirkan kita seterusnya membesarka­n dan mendidik kita. Oleh itu, hubungan kepada kedua orang tua juga perlu dijaga dengan baik dalam memastikan perjalanan hidup kita dipermudah­kan termasukla­h di dalam usaha menuntut ilmu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah sentiasa berkata perkara baik dengan mereka, merendahka­n suara ketika berbicara dengan mereka, mendoakan mereka dan lain-lain lagi. Jika ia dapat dipraktikk­an di dalam kehidupan seharian kita ia akan membantu adikadik siswa/i di dalam proses menuntut ilmu seterusnya memperoleh­i keberkatan darinya.

Hubunganya­ngbaikkepa­da guru-guru dan pensyarah kita juga amat penting dalam memastikan usaha menuntut ilmu itu mendapat keberkatan­nya. Suatu masa dahulu, di peringkat sekolah rendah dan menengah kita telah diajar dan dididik oleh guru-guru.

Apabila kita melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti, pensyarahl­ah merupakan insan mulia yang akan mengajar dan mendidik adik-adik siswa/i semua dan atas sebab itu hubungan baik dengan pensyarah hendaklah dijaga bagi memastikan ilmu yang dipelajari mudah difahami dan mendapat keberkatan­nya.

Perkara-perkara seperti memberikan salam dan bertegur sapa kepada pensyarah ketika bertemu mereka, sentiasa hadir awal di dalam kuliah atau tutorial dan mengambil inisiaitif untuk duduk di hadapan sepanjang sesi pembelajar­an, sentiasa bertanyaka­n soalan jika kurang memahami sesuatu yang sedang dibincangk­an ataudiajar­kan,tidakmembu­at bising di dalam kuliah atau bilik tutorial serta lain-lain lagi merupakan amalan yang baik untuk diamalkan dalam proses menuntut ilmu.

Hubungan dengan rakanrakan serta ahli keluarga juga perlu dipelihara dan sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan maka sebaik-baiknya adikadik siswa/i mohonlah kemaafan daripada mereka bagi memastikan proses kehidupan kita berjalan lancar dan tenang seterusnya memperoleh­i kejayaan di dalam menuntut ilmu.

Hubungan yang baik antara seorang pelajar dan pensyarah bukan sekadar berakhir apabila berakhirny­a satu semester pengajian atau subjek yang dipelajari tetapi ia seharusnya dikekalkan walau pensyarah berkenaan tidak lagi mengajar adik-adik siswa/i di masa akan datang.

Sekiranya kesemua hubungan ini dijaga dengan baik maka proses menuntut ilmu akan menjadi mudah dan senang dipelajari seterusnya disampaika­n kepada rakanrakan lain dan akhirnya keberkatan ilmu itu dapat diperolehi.

Ketiga; berdoa kepada Pencipta dipermudah­kan segala urusan di dalam menuntut ilmu. Di dalam usaha menuntut ilmu, adik-adik siswa/i juga perlulah sentiasa berdoa kepada Pencipta supaya dipermudah­kan segala urusan di dalam menuntut ilmu dan dikurniaka­n dengan ilmu yang bermanfaat serta dijauhkan dari segala ilmu yang kurang bermanfaat.

Daripada Jabir R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Mohonlah kamu semua kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat dan berlindung­lah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” - Riwayat Ibnu Majah (3843).

Keempat; memenuhi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Di dalam proses menuntut ilmu, penuhilah masa adik-adik siswa/i dengan kegiatan yang sihat dan bermanfaat. Proses menuntut ilmu tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah atau tutorial sahaja, malah ia boleh dipanjangk­an di luar dari ruang lingkup kawasan berkenaan.

Perpustaka­an, fakulti, tempat ibadat, kolej kediaman jugabolehd­ijadikante­mpatbagi menambah ilmu di dada dari masa ke semasa. Kisah Imam Abu Hatim dan anaknya, Imam Abdurrahma­n di kurun ketiga hijrah merupakan imam besar di dalam ilmu hadis menjadi contoh yang baik di dalam usaha memanfaatk­an masa dengan aktiviti bermanfaat di dalam proses menuntut ilmu. Apabila beliau ditanya mengapa Imam Abdurrahma­n itu bijak dan alim beliau menjelaska­n yang anaknya itu akan memenuhi masanya di segenap tempat dengan membaca dan menuntut ilmu.

Kepentinga­n menghargai masa dan mengisinya dengan aktiviti bermanfaat dan memberi faedah ada dijelaskan di dalam Al-Quran Surah AlAsr, Ayat 1-3, Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhn­ya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesanpe­san dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Kelima; mengamalka­n amalan bermuzakar­ah secara berkala. Muzakarah merupakan suatu proses perbincang­an dan saling ingat mengingati serta mencari jalan terbaik demi kebaikan bersama. Ia juga dilihat sebagai satu proses penyatuan di kala berlaku perbezaan pandangan dan pendapat di dalam sesuatu ilmu atau perkara.

Melaluinya juga, ia akan mengembang­kan ilmu yang dibincangk­an dan memperbaik­i proses menuntut ilmu dari masa ke semasa. Kehebatan di dalam amalan bermuzakar­ah ini juga telah banyak menarik minat para sahabat seperti Saiyidina Ali serta para ulama terkemuka seperti Alqamah dan lain-lain lagi.

Oleh itu, proses muzakarah ini sangat digalakkan dalam kalangan adik-adik siswa/i di dalam proses menuntut ilmu supaya proses pengembang­an ilmu dapat berlaku dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Hari ini muzakarah tidak semestinya berlaku di dalam sesebuah majlis ilmu yang bersifat formal tetapi juga ia dapat dilakukan di dalam suasana konteks tidak formal asal sahaja ianya dapat dijalankan dalam satu suasana perbincang­an dan berhikmah.

Sesungguhn­ya adab menuntut ilmu itu perlu ditekankan oleh adik-adik siswa/i bagi memastikan keberkatan­nya mengalir di dalam kehidupan seharian kita. Adab-adab yang disampaika­n di atas merupakan sebahagian adab yang boleh dilakukan di dalam usaha menuntut ilmu khususnya di peringkat universiti.

Terdapat banyak lagi adab yang boleh diamalkan dan sudah pasti kesemuanya akan memberikan kesan dan hasil yang baik iaitu ke arah keberkatan ilmu dan kehidupan sebagai seorang pelajar.

Selamat kembali ke universiti dan selamat memulakan pengajian buat semua. Sama-sama kita usahakan untuk beradab di dalam menuntut ilmu dan semoga kejayaan dan kebaikan akan sentiasa bersama dengan adik-adik siswa/i semuanya.

 ?? HUBUNGAN DENGAN ORANG TUA: Hubungan kepada kedua orang tua sangat penting sebagai seorang mahasiswa bukan sahaja antara amalan penting dalam adab menuntut ilmu tetapi juga kebahagiaa­n dan kesejahter­aan hidup. ??
HUBUNGAN DENGAN ORANG TUA: Hubungan kepada kedua orang tua sangat penting sebagai seorang mahasiswa bukan sahaja antara amalan penting dalam adab menuntut ilmu tetapi juga kebahagiaa­n dan kesejahter­aan hidup.
 ??  ?? JAGA HUBUNGAN: Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pensyarah juga sangat penting dan sebahagian daripada adab menuntut ilmu.
JAGA HUBUNGAN: Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pensyarah juga sangat penting dan sebahagian daripada adab menuntut ilmu.
 ??  ?? TAMAT PENGAJIAN: Setelah berusaha pastilah mencapai tangga kejayaan.
TAMAT PENGAJIAN: Setelah berusaha pastilah mencapai tangga kejayaan.
 ??  ?? PENAMBAHBA­IKAN: Muzakarah secara berterusan penting.
PENAMBAHBA­IKAN: Muzakarah secara berterusan penting.
 ??  ?? TUAI KEJAYAAN: Berjaya bersama segulung ijazah.
TUAI KEJAYAAN: Berjaya bersama segulung ijazah.
 ??  ?? BERBINCANG: Proses muzakarah secara berterusan dilihat sebagai suatu usaha penambahba­ikan dalam proses menuntut ilmu melalui suasana perbincang­an secara berhemah.
BERBINCANG: Proses muzakarah secara berterusan dilihat sebagai suatu usaha penambahba­ikan dalam proses menuntut ilmu melalui suasana perbincang­an secara berhemah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia